Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengerusi SUHA, Ruzaiman Ghazalee

SUHA harap insiden lebih 300 jemaah Malaysia terkandas tidak berulang

ByMahathir Haroun

KUCHING, 17 Jan: Pertubuhan Umrah dan Haji Sarawak (SUHA) melahirkan rasa kesal terhadap inisiden lebih 300 jemaah Malaysia yang terkandas dan tidak dapat diterbangkan untuk menunaikan ibadah umrah.

Pengerusinya, Ruzaiman Ghazalee berkata, insiden seperti itu sepatutnya menjadi iktibar oleh semua pihak dalam industri haji dan umrah.

“Kita berharap nasib jemaah yang terlibat akan terbela dengan adil.

“Semoga pada masa akan datang, tindakan segera seperti mengemas kini pelaksanaan amalan sewajarnya dapat diambil lebih berkesan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurutnya, pengelolaan ibadah umrah perlu diuruskan dengan teratur, berhati-hati dan penuh tanggungjawab.

“Ini termasuk pengurusan tiket penerbangan, perhotelan dan logistik di Tanah Suci, pematuhan undang-undang serta peraturan semasa.

“Pihak yang mengelolakan ibadah umrah tidak seharusnya hanya mementingkan penguasaan pasaran tanpa mengambil kira pengurusan yang teratur dan sistematik,” ujarnya.

Ruzaiman berkata, biasanya bakal jemaah lebih cenderung memilih pakej dengan harga yang murah.

“Selain harga, bakal jemaah umrah perlu menilai aspek lain seperti latar belakang pengelola terutamanya pengalaman dan rekod prestasi mereka.

“Bakal jemaah turut dinasihatkan agar tidak memilih pihak yang tidak berlesen kerana ia boleh menyulitkan keadaan sekiranya berlaku sebarang masalah,” jelasnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan