Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Barbara Benjamin Atan berkata Sarawak Tourism Board sasar 2.8 juta pelancong ASEAN ke Sarawak tahun ini. Foto: Jazni Hanif (TVS)

STB fokus pasarkan Sarawak di pasaran Asia

ByMuqri Aziz

JOHOR BAHRU, 17 Jan: Sarawak Tourism Board (STB) terus menumpukan usaha untuk memasarkan Sarawak di pasaran Asia khususnya China sambil berharap laluan penerbangan antarabangsa baharu dapat diwujudkan bagi meningkatkan kehadiran pelancong.

Pengarah ASEAN dan Domestik STB, Barbara Benjamin Atan berkata, STB aktif bekerjasama dengan pelbagai pihak bagi menarik lebih ramai pelancong ke Sarawak.

“STB sedang bekerjasama rapat dengan organisasi seperti ASEAN, Persatuan Ejen Pelancongan Indonesia (ASTINDO), Persatuan Ejen-ejen Pelancongan Indonesia (ASITA) serta beberapa persatuan pelancongan lain.

“Kami juga melibatkan Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak Brunei Darussalam (STATOB) dan Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak Singapura (STATOS) untuk membantu menarik lebih ramai pelawat ke Sarawak,” katanya ketika ditemui TVS pada ASEAN Tourism Forum (ATF) 2025 di Persada Johor International Convention Centre, hari ini.

Sarawak Tourism Board fokus pasarkan Sarawak di Asia | TVS

Barbara turut berkongsi sasaran STB bagi tahun ini iaitu untuk mencapai lima juta pelancong selepas mencatatkan kehadiran 4.8 juta pelancong pada tahun 2024.

“Kami berharap tahun ini dapat mencapai lebih banyak kehadiran pelancong. Sudah tentu, kami juga berharap akan ada laluan penerbangan baharu yang dapat menghubungkan Sarawak dengan lebih banyak destinasi.

“Buat masa ini, kita hanya mempunyai penerbangan dari Bandar Seri Begawan, Singapura, dan Jakarta,” ujarnya.

Beliau menambah pasaran Asia menjadi keutamaan kerana lokasinya yang strategik dan jarak penerbangan yang singkat.

“Pasaran Asia lebih mudah untuk kita fokuskan kerana lokasinya yang lebih dekat. Sebagai contoh, penerbangan dari Jakarta hanya mengambil masa kurang daripada satu jam, manakala dari Singapura pula hanya satu jam 15 minit.

“Jadi, kami lebih mudah menumpukan perhatian kepada pasaran Asia terutamanya China,” jelas Barbara.

Dengan harapan terhadap laluan penerbangan baharu dan usaha promosi yang berterusan, STB yakin dapat memperkukuhkan kedudukan Sarawak sebagai destinasi pelancongan utama di rantau ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan