Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia, Datuk Aedy Fadly Ramli ketika ditemui pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini. Foto Mohammed Raffiq (TVS)

Semai sikap tanggungjawab, berhemah di jalan raya

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 17 Jan: Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia, Datuk Aedy Fadly Ramli turut berkongsi rasa sedih atas pemergian lima mangsa yang terlibat dalam kemalangan maut di Stutong Baru beberapa hari lepas.

Sehubungan itu, beliau menegaskan agar pengguna jalan raya harus bekerjasama dalam menjaga keselamatan masing-masing.

“Tanggungjawab untuk menjaga keselamatan jalan raya ini bukan terletak kepada agensi penguatkuasaan semata-mata tetapi ia lebih kepada individu itu sendiri termasuk ibu bapa dan penjaga anak-anak.

“Apa yang saya lihat sebenarnya, kita lebih memerlukan pemahaman di peringkat keluarga yang mana ibu bapa itu yang perlu bertanggungjawab dalam memastikan anak-anak mereka apabila berada di jalan raya,” tegasnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Astana Negeri Sarawak, di sini hari ini.

Selasa lalu, satu insiden kemalangan berlaku di Stutong Baru selepas sebuah kereta dari arah Jalan Lapangan Terbang menuju ke arah Jalan Setia Raja telah hilang kawalan hingga terbabas masuk ke arah jalan bertentangan dan merempuh dua buah motosikal dan dua buah kereta yang melalui jalan terbabit.

Sebelum ini Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah dilaporkan berkata susulan kemalangan tersebut, empat mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala mangsa kelima meninggal dunia ketika menerima rawatan di zon merah Hospital Umum Sarawak.

Pemandu kereta yang terbabas itu mengalami kecederaan di leher dan ditahan setelah mendapatkan rawatan.

Kes disiasat di bawah seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahayakan.

Jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara selama tempoh tidak kurang daripada lima tahun dan tidak melebihi daripada sepuluh tahun dan denda tidak kurang daripada RM20,000 dan tidak lebih daripada RM50,000. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan