Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
BNM, Bank Negara Malaysia. Foto Faitullah Morni (TVS)

Sektor kewangan terima 2.3 juta aduan dalam lima tahun

ByBernama

KUALA LUMPUR, 17 Jan: Industri kewangan menerima kira-kira 2.3 juta aduan sepanjang lima tahun lepas, sebanyak 98 peratus daripadanya berkaitan sektor perbankan dan bakinya berkaitan insurans dan takaful.

Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Jessica Chew Cheng Lian berkata jumlah aduan dalam beberapa tahun ini adalah 65 peratus lebih tinggi dari segi purata berbanding 2020, mencerminkan kerumitan perkhidmatan kewangan yang meningkat serta tahap kesedaran dan jangkaan pengguna yang tinggi.

“Sebaliknya, aduan yang dibuat melalui pautan BNM mencatatkan penurunan sebanyak 37 peratus dalam tempoh sama.

“Ini menunjukkan penambahbaikan yang berterusan terhadap saluran aduan yang disediakan oleh penyedia perkhidmatan kewangan sendiri yang memberi impak positif dalam memastikan pengguna mendapat bantuan yang diperlukan, sekali gus mengurangkan jumlah aduan yang dihantar ke pautan BNM.

“Kami menjangka jumlah ini akan terus menurun sejajar dengan standard layanan adil yang lebih tinggi yang kami tetapkan untuk penyedia perkhidmatan kewangan, termasuk mengenai pengurusan aduan pelanggan,” katanya dalam ucapan pada pelancaran Perkhidmatan Ombudsman Pasaran Kewangan (FMOS) di sini hari ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan