Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perbezaan bil elektrik baharu (kanan) dengan bil yang digunakan masa kini. Foto Sarawak Energy Berhad

Sarawak Energy guna format bil elektrik baharu mulai 20 Januari 2025

KUCHING, 17 Jan: Syarikat SESCO Berhad (SESCO), cabang operasi dan peruncitan Sarawak Energy, akan melaksanakan format bil elektrik baru yang berkuat kuasa 20 Januari 2025.

Sarawak Energy dalam kenyataan memaklumkan bahawa reka bentuk yang dikemas kini ini bertujuan untuk memberikan maklumat bil yang lebih jelas dan terperinci, memudahkan pelanggan untuk memahami dan mengurus penggunaan tenaga serta caj yang dikenakan.

“Format bil baru ini menyajikan perincian mengenai caj dan penggunaan tenaga, bersama maklumat tambahan seperti bacaan terdahulu, bacaan semasa dan jumlah unit yang digunakan dalam susun atur yang terstruktur dan mudah difahami.

“Penambahbaikan ini dibangunkan berdasarkan maklum balas pelanggan bagi memastikan bil yang diterima lebih informatif dan mesra pengguna,” kata kenyataan itu, hari ini.

Sarawak Energy turut memaklumkan, seiring dengan peralihan kepada format bil baru, pelanggan digalakkan untuk melanggan perkhidmatan e-Bil Sarawak Energy, yang menghantar penyata secara pantas melalui e-mel dan memberi akses mudah melalui peranti mudah alih.

Inisiatif ini menyokong usaha Sarawak untuk memodenkan perkhidmatan dan mempromosikan penerimaan digital.

Pelanggan yang belum melanggan perkhidmatan e-Bil akan terus menerima bil bercetak.

Bagaimanapun, pelanggan digalakkan untuk beralih kepada e-Bil bagi akses yang lebih pantas terhadap maklumat bil dan untuk menyokong usaha kelestarian dengan mengurangkan penggunaan kertas.

Langganan boleh dilakukan melalui aplikasi mudah alih SEB cares atau portal web.

Bagi pelanggan yang memerlukan bantuan untuk memahami format bil baru, Pusat Khidmat Pelanggan Sarawak Energy boleh dihubungi di talian 1-300-88-3111. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan