Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Perpaduan Datuk Aaron Ago Dagang menyampaikan sumbangan wang tunai berjumlah RM21,000 kepada 15 keluarga dari Rumah Paulus Yan, Sungai Bawan, Kanowit yang kehilangan tempat tinggal selepas rumah panjang mereka musnah dalam kebakaran. Foto Aaron Ago Dagang (FB)

Pusat khidmat Parlimen Kanowit bantu mangsa kebakaran Rumah Paulus Yan

SIBU, 17 Jan: Menteri Perpaduan Datuk Aaron Ago Dagang menyampaikan sumbangan wang tunai berjumlah RM21,000 kepada 15 keluarga dari Rumah Paulus Yan, Sungai Bawan, Kanowit yang kehilangan tempat tinggal selepas rumah panjang mereka musnah dalam kebakaran.

Beliau yang melawat mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Datuk Aaron, Bawan turut menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan asas.

“Selaku wakil rakyat bagi kawasan Kanowit, saya amat memahami kesusahan dan cabaran yang dihadapi mangsa.

“Saya melalui Pusat khidmat Ahli Parlimen Kanowit dengan kerjasama Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) telah menyampaikan bantuan kepada keluarga terjejas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Aaron berkata pejabatnya akan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa tempatan, jabatan kebajikan, serta badan-badan sukarela untuk memastikan proses bantuan berjalan lancar dan menyeru masyarakat untuk turut sama tampil membantu mangsa terlibat.

Beliau berkata kesemua keluarga yang terlibat akan membina pondok kediaman sementara sebelum rumah panjang yang baharu dibina.

“Sehingga dampa (pondok kediaman) itu siap, kesemua keluarga boleh tinggal di PPS buat sementara,” katanya.

Dalam kejadian pada Rabu itu, sekurang-kurangnya 88 penghuni rumah panjang berkenaan tinggal sehelai sepinggang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan