Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anthony hadir pada sesi Pembentanhan Laporan Prestasi Prasarana 2024 di sini hari ini. Foto, Afiq Johari (TVS).

Prasarana sasar terima 1.4 juta penumpang sehari menjelang akhir 2025 – Loke

ByHafeezzur Muzamir

PUTRAJAYA, 17 Jan: Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) menyasarkan menerima 1.4 juta penumpang sehari yang menggunakan pengangkutan awam menjelang Disember 2025.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, sasaran itu dibuat berdasarkan trend peningkatan pada 2024 dengan syarikat itu menerima pertambahan penumpang berjumlah 1.18 juta sehari, berbanding 955,000 pada tahun sebelumnya.

Anthony menjelaskan, sasaran tersebut tampak realistik selepas mengambil kira unjuran peningkatan antara 10 hingga 12 peratus bagi penumpang bas dan rel selepas pandemik COVID-19 berakhir.

“Pasarana telah menentukan kemampuan mereka untuk menguruskan jumlah penumpang yang ramai terutamanya di bawah Rapid Rail dan Rapid Bus. Pada 31 Desember 2024, jumlah penumpang yang telah dicatatkan adalah 1.54 juta penumpang di semua rangkaian Prasarana.

“Ia menunjukkan kemampuan Prasarana untuk mengendalikan jumlah penumpang yang ramai,” katanya pada sidang media Pembentangan Laporan Prestasi Prasarana 2024 di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut memberitahu, syarikat tersebut berjaya melonjakkan pendapatan sebanyak lima peratus pada 2024.

Melihat kepada prestasi memberangsangkan itu, Anthony berkata Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang meneliti mekanisme terbaik bagi mempelbagaikan sumber pendapatan Prasarana kepada segmen perniagaan lain.

“Pendapatan telah meningkat sebanyak lima peratus, hasil daripada peningkatan penumpang.Kita akui, pendapatan Prasarana tidak meningkat dengan ketara kerana kami (MOT) tidak menaikkan tambang.

“Jumlah peningkatan sebenarnya agak statik dengan jumlah lima peratus itu disebabkan penerimaan lebih ramai penumpang pada 2024,” ujarnya.

Dalam pada itu, Loke berkata, Prasarana telah berjaya mengurangkan jumlah gangguan perkhidmatan operasi tren kepada hanya 71 insiden pada 2024, berbanding 118 insiden pada tahun sebelumnya.

Tambahnya, pada tahun lalu, bilangan tren yang tersedia meningkat 21 peratus, daripada 148 unit kepada 179 unit, sekali gus mengurangkan waktu menunggu bagi penumpang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan