Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal menghadapi keadaan yang teruk di penempatan sekolah, khemah dan jalanan akibat kekurangan makanan dan air serta penularan penyakit. Foto fail AFP

Pihak berkuasa Gaza umum rancangan hantar pulang rakyat Palestin yang dipindahkan

ByBernama

GAZA CITY (Palestin), 17 Jan: Kerajaan Gaza pada Khamis menyatakan ia sedang bersiap sedia untuk mengumumkan rancangan bagi mempermudah kepulangan penduduk yang dipindahkan dari bahagian tengah dan selatan Semenanjung Gaza ke kediaman mereka di bandar raya Gaza dan kawasan utara wilayah itu.

Ismail al-Thawabteh, Ketua Pengarah Pejabat Media Gaza memberitahu Agensi Anadolu, “rancangan kerajaan akan diumumkan dalam tempoh dua hari lagi, disertai arahan dan panduan harian untuk membantu penduduk Palestin yang dipindahkan melaksanakan pelbagai peringkat perjanjian gencatan senjata.”

Al-Thawabteh menggesa penduduk Palestin yang dipindahkan agar “mematuhi protokol kerajaan dan kembali melalui jalan pantai Al-Rasheed di barat Gaza untuk memastikan keselamatan mereka dan keluarga mereka.”

Lebih dua juta orang terpaksa meninggalkan rumah mereka di Semenanjung Gaza, menurut data Pejabat Media Gaza.

Penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal menghadapi keadaan yang teruk di penempatan sekolah, khemah dan jalanan akibat kekurangan makanan dan air serta penularan penyakit.

Pada Rabu, Qatar mengumumkan perjanjian gencatan senjata bagi menamatkan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza selama lebih 15 bulan, yang meragut hampir 46,800 nyawa, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak dan mencederakan lebih 110,000 orang sejak 7 Okt 2023.

Perjanjian tiga fasa dijadualkan berkuat kuasa pada Ahad itu merangkumi pertukaran tahanan dan keamanan berterusan, dengan matlamat mencapai gencatan senjata kekal serta pengunduran tentera Israel dari Gaza.

Di bawah fasa pertama perjanjian itu, 33 tahanan Israel akan dibebaskan sebagai pertukaran dengan sejumlah tahanan Palestin.

Serangan Israel ke atas Gaza menyebabkan lebih 11,000 individu hilang, dengan kemusnahan besar-besaran dan krisis kemanusiaan yang meragut nyawa ramai warga emas dan kanak-kanak, menjadikannya antara bencana kemanusiaan paling buruk di dunia.

Pada November tahun lalu, Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanannya Yoav Gallant atas jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.

Israel juga berdepan kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa atas serangan ke atas wilayah itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan