Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg

Pencapaian wakil rakyat dinilai berdasarkan ekonomi Sarawak

BySalasiah Safian

MIRI, 17 Jan: Pencapaian setiap wakil rakyat di Sarawak dinilai berdasarkan prestasi ekonomi wilayah ini, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata, sistem kabinet yang diamalkan adalah collective responsibility dan setiap ahli kabinet bekerjasama erat demi Sarawak.

“Kami kerajaan semua sama, tiada 40 peratus, 30 peratus atau 20 peratus, kami semua bekerjasama erat. Tidak kira dia Melayu, Melanau, Iban atau Bidayuh. Kita kerja kuat. Apa yang nak dinilai-nilai? Penilaiannya sama ada prestasi ekonomi baik atau tidak. Jadi tuan puan, kita jaga. Jangan kita berpecah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Jambatan Marudi di sini, hari ini.

Abang Johari berkata, kabinet yang terbentuk adalah hasil pemilihan rakyat yang melambangkan kepelbagaian latar belakang kaum.

“Perpaduan kita mesti kukuh dan kalau kita bersatu seperti ini, ia memudahkan kerajaan untuk mencari pendapatan,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan