Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia, Datuk Aedy Fadly Ramli (empat dari kiri) bersama rombongannya mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini. Foto Mohammed Raffiq (TVS)

Pemasangan kamera AwAS masih diperingkat perbincangan

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 17 Jan: Pemasangan kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AwAS) pada masa ini masih di peringkat perbincangan dengan pihak konsesi lebuh raya bagi mendapatkan persetujuan bersama.

Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, kamera yang ditambah baik dengan kaedah point-to-point itu merupakan hasrat yang disuarakan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke sebelum ini.

“Kita perlu mendapatkan persetujuan pihak konsesi sama ada mereka bersetuju untuk menggunakan dana di peringkat pihak swasta untuk memasang kamera point-to-point tersebut di kawasan lebuh raya mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Astana Negeri Sarawak, di sini hari ini.

Menurutnya, selain menjalinkan kerjasama dengan pihak swasta, pihaknya turut bekerjasama dengan agensi kerajaan di seluruh negara bagi menjayakan aktiviti dan operasi yang dirancang sepanjang tahun ini.

“Perancangan mengenai aktiviti dan operasi berkenaan telah pun dibentang dan dibincangkan dengan Tun Wan Junaidi ketika pertemuan tersebut.

“Kita telah mendapat perkenan Tun Wan Junaidi untuk menjalankan aktiviti dan program keselamatan jalan raya serta operasi yang berkaitan dengan Sarawak.

“Kita sedang membuat perancangan, bukan setakat di Sarawak malahan di seluruh negara, antaranya operasi teknikal kenderaan perdagangan serta operasi lain dengan kerjasama agensi penguatkuasaan terutamanya di peringkat KPDN (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan lain-lain,” ujarnya.

Menurutnya, operasi tersebut merupakan kesinambungan daripada operasi yang dimulakan sejak tahun lepas dengan memfokuskan kepada teknikal kenderaan perdagangan.

Beliau turut memberitahu terdapat beberapa perancangan lain yang masih dalam peringkat perbincangan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan