Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Api berjaya dipadamkan dan mangsa ditemukan rentung di tempat duduk pemandu sebelum mayat dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Foto JBPM

Pemandu lori rentung dalam nahas di Jalan Bintulu-Miri

BINTULU, 17 Jan: Pemandu lori membawa muatan batu rentung setelah kenderaan dipandunya melanggar lori kayu balak sebelum terbakar di Kilometer 38.6, Jalan Bintulu-Miri dekat sini malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata panggilan kecemasan diterima kira-kira 10.01 malam sebelum 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya mereka di tempat kejadian, didapati sebuah lori membawa muatan batu melanggar bahagian belakang lori kayu balak menyebabkan lori membawa batu berkenaan terbakar,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Api berjaya dipadamkan dan mangsa ditemukan rentung di tempat duduk pemandu sebelum mayat dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Identiti mangsa belum dikenal pasti manakala pemandu lori balak itu tidak dapat dikesan di lokasi kejadian. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan