Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Barisan kepimpinan tertinggi KKM hadir dalam sidang media khas kementerian itu di sini hari ini. Foto Afiq Johari (TVS)

Pelaksanaan sistem Waktu Bekerja Berlainan dibincangkan pada pemukiman KKM

ByHafeezzur Muzamir

KUALA LUMPUR, 17 Jan: Kementerian Kesihatan (KKM) akan membincangkan secara terperinci mengenai pelaksanaan sistem Waktu Bekerja Berlainan (WBB) semasa pemukiman yang akan berlangsung tiga hari bermula hari ini hingga Ahad.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, turut akan dibincangkan melibatkan isu-isu sumber manusia selain meningkatkan penyampaian perkhidmatan dan ketidaksimbangan agihan petugas.

Jelas beliau bagi pegawai perubatan dan pakar perubatan, WBB bertujuan untuk mengurangkan keletihan, menjaga kebajikan serta meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan.

“Pelaksanaannya adalah untuk mengurangkan tempoh bekerja atas panggilan aktif daripada maksimum 33 jam kepada 18 jam.

“WBB juga untuk pastikan pegawai perubatan tidak bertugas melebihi 24 jam secara berterusan,” katanya pada sidang media khas di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalannya, Datuk Lukanisman Awang Sauni.

Mengulas lanjut, Dr. Dzulkefly berkata, WBB juga adalah untuk mengurangkan jumlah waktu bertugas yang kini mencecah 99 jam dengan tiga kali panggilan seminggu kepada maksimum 72 jam seminggu

Selain itu, jelas beliau langkah berkenaan juga bertujuan mengurangkan keletihan pegawai perubatan selain meningkatkan kualiti hidup serta kebajikan mereka.

”Jadi, beri kami sedikit masa untuk membuat keputusan kerana kami perlu menyelesaikan semua isu, termasuk elaun,” katanya.

Menurut pekeliling yang ditandatangani oleh pengarah bahagian pembangunan perubatan kementerian, Datuk Dr Mohd Azman Yacob, ia telah membentangkan sistem WBB kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 5 Dis 2024.

Di bawah sistem WBB, kadar panggilan aktif untuk hari bekerja dan cuti umum ialah RM275 untuk pegawai perubatan (MO) dan RM315 untuk pakar. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan