Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Beliau berkata syarikat induk Facebook dan Instagram itu sedang menyiapkan dokumentasi untuk memenuhi keperluan perundangan khas sebagai sebahagian daripada proses pelesenan itu. Foto fail AFP

Meta dalam proses akhir peroleh lesen kelas ASP – Fahmi

ByBernama

KUALA LUMPUR, 17 Jan: Gergasi media sosial Meta kini dalam peringkat akhir mendapatkan Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan (ASP) di Malaysia, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Beliau berkata syarikat induk Facebook dan Instagram itu sedang menyiapkan dokumentasi untuk memenuhi keperluan perundangan khas sebagai sebahagian daripada proses pelesenan itu.

“Meta dalam proses akhir menyerahkan beberapa dokumen,” katanya dalam rancangan bual bicara RTM On The Table yang menampilkan topik ‘Social Media Licensing in Malaysia: Key Insights & Impact’.

Fahmi berkata penyedia platform lain seperti Google dan X (sebelum ini dikenali sebagai Twitter) sedang melalui penilaian bagi memastikan status pematuhan mereka.

Beliau berkata Google bagaimanapun mendakwa mereka bukan platform media sosial namun kementerian tetap dengan pendirian bahawa beberapa bahagian YouTube di bawah Google seperti YouTube Shorts berfungsi seperti media sosial, menyerupai TikTok.

“Sementara X mendakwa mereka mempunyai kurang daripada lapan juta pengguna di Malaysia, yang mengecualikan mereka daripada keperluan pelesenan…kini, kami sedang menyiasat dakwaan ini dan meneruskan libat urus bagi memastikan kesemua platform mematuhi garis panduan tersebut,” katanya.

Menteri Komunikasi itu berkata perbincangan sedang dijalankan bersama Microsoft yang memiliki LinkedIn, susulan laporan menunjukkan pangkalan pengguna Malaysia platform itu boleh melebihi lapan juta dalam suku pertama 2025.

“Kami telah menghubungi Microsoft kerana LinkedIn menganggarkan pangkalan pengguna mereka akan melepas tahap ambang. Selain itu, kami telah menerima aduan mengenai penipuan pekerjaan (job scam) di LinkedIn dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang giat berurusan dengan mereka bagi menangani kebimbangan ini,” katanya.

Fahmi turut menekankan komitmen kerajaan untuk menguatkuasakan pelesenan bagi platform-platform yang melebihi ambang pengguna ditetapkan, sambil mengimbangi peraturan dengan kebebasan bersuara dan memastikan keselamatan dalam talian.

“Isu ini bukan mengenai kebebasan bersuara yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Ini mengenai keselamatan dalam talian. Ia tentang memastikan di samping kita mempunyai akses internet mudah alih yang lebih murah, lebih pantas, kita juga mahukan internet yang lebih selamat, terutamanya untuk kanak-kanak dan keluarga kita,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan