Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jambatan Marudi bakal memberi manfaat kepada 25,000 penduduk di Marudi dan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mulu

Marudi, kawasan sekitar terima limpahan projek pembangunan

BySalasiah Safian

MARUDI, 17 Jan: Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak (Kerajaan Tempatan) Datuk Dr Penguang Manggil melahirkan perasaan bersyukur selepas kerajaan melaksanakan pelbagai projek pembangunan seperti naik taraf jalan, infrastruktur serta utiliti di kawasan Marudi dan kawasan sekitarnya.

Beliau berkata, pelaksanaan projek pembangunan tersebut memberi manfaat besar kepada penduduk setempat dan mula dinikmati pada masa kini.

“Syukur, YAB Datuk Patinggi memberi perhatian kepada pemohonan dan meluluskan peruntukan berbilion ringgit untuk pelaksanaan pelbagai projek infrastruktur dan utiliti di kawasan Baram sejak beberapa tahun ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Jambatan Marudi di sini, hari ini.

Majlis perasmian jambatan tersebut disempurnakan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Jambatan Marudi bakal memberi manfaat kepada 25,000 penduduk di Marudi dan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mulu.

Sementara itu, Penguang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi menjelaskan, pada masa ini projek pembangunan di kawasan tersebut berada dalam pelbagai peringkat perancangan.

“Ia termasuk jalan baharu yang menghubungkan Marudi dengan Miri dan Mulu dan projek naik taraf jalan tanah di kawasan Tinjar,” ujarnya.

Menurutnya, Abang Johari turut meluluskan projek seperti sambungan Tebingan Marudi, hotel di Marudi, Dewan Masyarakat Tinjar, bangunan Pejabat Daerah Beluru dan sebagainya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan