Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lima mayat telah dikeluarkan pada Jumaat daripada kebakaran yang berlaku di sebuah pusat beli-belah di bahagian barat Jakarta pada Rabu malam. Foto hiasan Envato

Lima mayat ditemukan susulan kebakaran pusat beli-belah di Indonesia

ByBernama

JAKARTA, 17 Jan: Lima mayat telah dikeluarkan pada Jumaat daripada kebakaran yang berlaku di sebuah pusat beli-belah di bahagian barat Jakarta pada Rabu malam, ketika pasukan penyelamat memperhebat usaha mencari individu lain yang masih hilang, lapor Xinhua.

“Lima mayat ditemukan di tingkat lapan, dalam sebuah bilik karaoke. Semua mangsa tidak dapat dikenal pasti,” kata Ketua Agensi Pemadam Kebakaran dan Penyelamat Jakarta Barat Syarifudin kepada pemberita, sambil menambah bahawa kesemua mayat telah dipindahkan ke sebuah hospital polis untuk proses pengecaman melalui analisis DNA.

Beliau turut mengesahkan bahawa jumlah individu hilang telah meningkat daripada lapan kepada 14 orang berikutan lebih ramai keluarga melaporkan kehilangan saudara-mara mereka kepada pihak berkuasa.

Syarifudin berkata usaha mencari terganggu oleh kewujudan banyak sekatan dan keluasan kawasan pusat beli-belah itu.

“Kawasan itu sangat luas dan bumbungnya runtuh, menyebabkan kawasan itu ditutup. Sekatan bilik dan kabel menyukarkan usaha pencarian,” katanya.

Kebakaran di Glodok Plaza berlaku sekitar 9.20 malam waktu tempatan di kawasan padat penduduk di subdaerah Tamansari. Ramai pengunjung dilaporkan berada di pusat beli-belah itu semasa kejadian kebakaran.

Pihak berkuasa masih menyiasat punca kebakaran tersebut. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan