Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KPDN Terengganu merampas 69,500 liter minyak diesel dalam dua serbuan di Chukai semalam.

KPDN Terengganu rampas 69,500 liter diesel

ByBernama

CHUKAI, 17 Jan: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu merampas 69,500 liter minyak diesel dalam dua serbuan di sini semalam.

Pengarahnya Saharuddin Mohd Kia berkata dalam serbuan di dua lokasi berdekatan Kampung Labohan, Kerteh dekat sini, pihaknya turut merampas sebuah lori tangki dan lapan tangki gelongsor dengan anggaran keseluruhan rampasan berjumlah RM464,660.

“Serbuan yang dijalankan oleh pasukan pegawai penguat kuasa KPDN Terengganu bersama pasukan Polis Diraja Malaysia pada kira-kira 12 tengah hari semalam hasil daripada risikan selama dua minggu.

“Pemeriksaan lanjut mendapati dua lokasi itu adalah stor haram menyimpan minyak disyaki diesel tanpa dokumen kebenaran yang sah daripada Pengawal Bekalan Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Saharuddin berkata kedua-dua stor haram itu milik dua individu berbeza dan berdasarkan maklumat risikan, pemiliknya disyaki telah memindahkan barang kawalan dari satu tempat yang dilesenkan ke satu tempat tidak berlesen atau diluluskan pengawal bekalan.

Sehubungan itu, empat lelaki rakyat tempatan berumur 33 hingga 58 tahun disyaki pemilik, penjaga stor dan pemandu lori ditahan bagi membantu siasatan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan