Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemain badminton remaja kebangsaan, Kang Khai Xing dan Aaron Tai. Foto Bernama

Khai Xing-Aaron sasar kelompok 30 terbaik dunia

ByBernama

KUALA LUMPUR, 17 Jan: Beregu lelaki remaja kebangsaan Kang Khai Xing-Aaron Tai meletakkan sasaran untuk menduduki kelompok 30 pasangan terbaik dunia selepas melakar kejayaan sensasi muncul juara pada Kejohanan Badminton Remaja Dunia (WJC) 2024 di Nanchang, China.

Khai Xing berkata ia adalah misi utama mereka pada tahun ini selepas menghuni tangga ke-59 dalam ranking terbaharu Persekutuan Badminton Dunia (BWF),

Beliau berkata selain kejayaan pada WJC 2024, pengalaman membuat lima penampilan pada Jelajah Dunia tahun lepas termasuk dua kejohanan bertaraf Super 500 iaitu Terbuka Australia 2024 dan Terbuka Hong Kong 2024 membantunya membina keyakinan untuk beraksi di peringkat tertinggi.

“Banyak pengalaman yang kami dapat terutamanya dari segi kelajuan dan kekuatan. Ada pasangan yang lebih hebat daripada kami, malah ada juga yang lebih kurang sama.

“Bagaimanapun, kami tidak boleh pandang rendah pihak lawan serta perlu kerja keras kerana tahap permainan di peringkat senior tidak mudah dan sukar untuk mengutip mata,” katanya kepada pemberita selepas sesi latihan di sini hari ini.

Sementara itu, pemain berusia 18 tahun dari Kelantan itu berharap mereka akan melepasi peringkat kelayakan pada kejohanan sulung musim ini iaitu Masters Indonesia 2025 yang bakal berlangsung di gelanggang ikonik Istora Senayan, Jakarta dari 21 hingga 26 Jan.

Khai Xing-Aaron akan menentukan slot ke undian utama menentang wakil China Sun Wen Jun-Zhu Yi Jun.

Gandingan berbakat itu menamatkan kemarau 13 tahun negara tanpa sebarang kejuaraan bagi kategori beregu lelaki pada WJC dengan menumbangkan pasangan tuan rumah Hu Ke Yuan-Lin Xiang Yi 21-18, 15-21, 21-18.

Kali terakhir Malaysia meraih gelaran dunia bagi beregu lelaki pada WJC adalah menerusi Nelson Heg Wei Keat-Teo Ee Yi pada edisi 2011. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan