Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merasmikan Jambatan Marudi. Foto Faitullah Morni (TVS)

Kawasan pertanian, pelancongan dibangunkan di Marudi dan Baram

BySalasiah Safian

MARUDI, 17 Jan: Kawasan pertanian dan pelancongan bakal dibangunkan di Marudi serta Baram, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata, dengan adanya jalan penghubung dan pembangunan infrastruktur, rancangan tersebut mampu direalisasikan.

Bangunkan kawasan pertanian dan pelancongan di Marudi, Baram | TVS

“Dari Miri ke Jambatan Marudi seterusnya Long Terawan, Long Iman dan Limbang, kita akan bangunkan kemudahan.

“Pelancong akan senang ke Mulu dan dapat melihat keindahan yang ada di Baram. Selain pelancongan, yang kedua kita akan bangunkan ialah pertanian. Guna pertanian moden dan kawasan ini juga bagus untuk penanaman padi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Jambatan Marudi di sini, hari ini.

Abang Johari menjelaskan, dengan adanya pelabuhan laut dalam nanti, ia akan meningkatkan lagi permintaan dari sudut ekonomi.

“Pelabuhan tok (ini) adalah pelabuhan dalam tujuh kilometer di laut. Mungkin satu hari apabila kapal persiaran datang, ia membawa lebih kurang dua ke tiga ribu pelancong. Mereka boleh ke Miri dan kemudian ke Baram kerana ada jalan ke Mulu yang mengambil masa lebih kurang sejam lebih.

“Mungkin juga ada di antara mereka yang ingin ke Niah kerana kedua-dua kawasan tersebut telah diiktiraf UNESCO,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan