Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pelumba muda negara Hakim Danish Ramli. Foto Hakimdanish Ramli (FB)

Hakim Danish miliki sikap juara – ZK Racing

ByBernama

KUALA LUMPUR, 17 Jan: Pengurus pasukan ZK Racing Zulfahmi Khairuddin yakin dengan kebolehan pelumba muda negara Hakim Danish Ramli yang disifatkan memiliki sikap seorang juara serta keazaman tinggi dalam menghadapi setiap cabaran di litar.

Namun, Zulfahmi merasakan pelumba berasal dari Terengganu itu masih perlu mengasah beberapa elemen penting untuk menterjemahkan potensi luar biasanya ke dalam saingan Red Bull MotoGP Rookies Cup musim ini.

“Saya percaya kematangan pelumba Asia dan Eropah berbeza … pelumba Sepanyol pada usia 16 tahun sudah mampu mengawal perlumbaan dengan baik terutama di pusingan akhir. Hakim Danish semakin menunjukkan kematangan dengan keberanian berada di kelompok hadapan pada pusingan terakhir.

“Kita perlu perbaiki posisi kerana kadang-kadang kalah di tempat keenam hanya beza 0.4 saat daripada pemenang. Itu butiran kecil yang masih boleh diperbaiki,” katanya kepada pemberita baru-baru ini.

Ditanya sama ada pelumba itu sudah bersedia kembali ke litar selepas mengalami kecederaan di tiga jari kiri tangannya, Zulfahmi berkata secara peribadi beliau ‘gembira’ Hakim Danish berehat seketika kerana pastinya pelumba itu akan kembali dengan idea lebih segar untuk memenangi perlumbaan.

“Hakim Danish akan buka wayar di jari minggu ini jadi kalau cuba jentera pada Februari pasti sempat untuk adakan latihan. Sebab sekarang ini beliau ada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan lepas ini akan ke Tarragona, Sepanyol.

“Sekarang saya dan pasukan memang fokus jaga diet Hakim Danish dan dia memang ikut semua jadual ditetapkan,” katanya.

Beliau juga berharap pelumba senior Malaysia akan lebih banyak bersaing dengan pelumba junior kerana ia dapat memberikan banyak manfaat.

Misalnya, juara MotoGP enam kali Marc Marquez sering berlatih bersama pelumba Moto3 dan junior kerana percaya ia dapat meningkatkan prestasi mereka semua. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan