Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri (tengah) meninjau keadaan sekitar kampung pada Majlis Perasmian Program Integrasi Kasih MADANI Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sempena Penyerahan Projek Fizikal Kampung Angkat MADANI di Kampung Pasir Pekan Tengah hari ini. Foto Bernama

GISBH: 448 kanak-kanak kembali ke pangkuan keluarga – Nancy

ByBernama

TUMPAT, 17 Jan: Seramai 448 kanak-kanak dari rumah amal yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) diserahkan semula kepada keluarga masing-masing setakat ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.

Beliau berkata lima kanak-kanak ditempatkan di bawah penjagaan Orang Yang Layak dan Sesuai manakala 107 lagi ditempatkan di lapan institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat berikutan perintah tetap serta interim daripada mahkamah.

“Ada ibu bapa yang mahu menuntut anak mereka tetapi mungkin ada pihak menasihatkan mereka supaya tidak berbuat demikian kerana bimbang tindakan kerajaan. Saya rasa itu tidak adil.

“Sebelum ini, kami tidak menyerahkan kanak-kanak itu kerana masih menunggu laporan polis dan proses perundangan namun setelah proses itu selesai, kanak-kanak berkenaan perlu dikembalikan kepada ibu bapa mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Integrasi Kasih MADANI di Kampung Pasir Pekan Tengah di sini hari ini.

Nancy berkata ibu bapa yang berhasrat mendapatkan semula anak mereka tidak perlu bimbang untuk tampil berbincang dan kementerian tidak mempunyai sebarang agenda tersembunyi, sebaliknya mahu membantu memastikan kebajikan serta keselamatan kanak-kanak berkenaan.

“Kami menjalankan tugas berdasarkan undang-undang. Saya menyeru ibu bapa yang menukar fikiran supaya datang kepada kami.

“Keputusan terbaik perlu dibuat demi kebaikan anak-anak. Walaupun kami menjaga mereka dengan baik, kasih sayang ibu bapa tidak dapat digantikan,” katanya.

Nancy memaklumkan kesemua 560 kanak-kanak berkenaan terdiri 283 lelaki dan 277 perempuan ditempatkan di pusat perlindungan selepas JKM memperoleh perintah jagaan sementara daripada mahkamah bagi tempoh dua bulan mengikut Seksyen 25(2)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan