Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Envato

Enjin bot rosak, dua nelayan hilang di perairan Pulau Undan

ByBernama

MELAKA, 17 Jan: Dua nelayan dilaporkan hilang selepas bot dinaiki mereka dipercayai mengalami kerosakan enjin di perairan Pulau Undan di sini semalam.

Pengarah Maritim Melaka dan Negeri Sembilan Kepten Maritim Mohd Khairi Abd Aziz berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian menerusi kumpulan WhatsApp Sahabat Maritim pada 5 petang.

Beliau berkata kedua-dua mangsa, Muarep Sakem, 63, dan awak-awak, Rosenizam Maharam, 50, dilapor hilang ketika memukat ikan serta kali terakhir berhubung dengan majikan mereka bagi memaklumkan kerosakan enjin bot pada 10 pagi semalam.

“Mereka menaiki bot gentian kaca bernombor pendaftaran MKF 3861 berwarna coklat dan biru. Operasi mencari dan menyelamat diaktifkan pada 7.30 malam tadi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Khairi berkata bot nelayan berhampiran turut membantu melakukan pencarian, namun setakat ini gagal menemukan sebarang petunjuk.

Beliau berkata operasi pencarian meliputi kawasan seluas kira-kira 548 kilometer persegi diteruskan pagi ini dengan disertai 58 pegawai dan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Sapura Industrial Berhad.

“Operasi itu melibatkan penggunaan sebuah bot APMM, dua bot Pasukan Polis Marin, sebuah bot kevlar dan dua bot aluminium milik JBPM,” katanya.

Mohd Khairi meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian menghubungi APMM Negeri Melaka dan Negeri Sembilan menerusi talian 06-3876730 atau talian kecemasan 999 yang beroperasi 24 jam. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan