Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan. Foto Envato

Empat diberkas bersama dadah bernilai RM4.03 juta

ByBernama

JOHOR BAHRU, 17 Jan: Polis menahan empat individu dan merampas pelbagai dadah bernilai RM4.03 juta dalam serbuan di dua kondominium mewah di sekitar bandar raya ini pada 10 dan 11 Jan lepas.

Ketua Polis Johor Datuk M. Kumar berkata mereka terdiri daripada dua lelaki tempatan dan dua wanita warga Vietnam berusia antara 20 hingga 30 tahun.

Beliau berkata modus operandi sindiket yang dipercayai aktif sejak Oktober tahun lepas itu adalah dengan menjadikan dua unit kondominium itu sebagai stor penyimpanan dan pembungkusan dadah sebelum barang larangan itu diedar di sekitar daerah ini.

“Bekalan dadah dipercayai diperoleh dari utara tanah air dan diadun semula, sebelum dibungkus menggunakan peket kecil berjenama minuman tempatan serta corak tiga dimensi (3D) untuk mengaburi pihak berkuasa,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata dadah dirampas terdiri daripada 28.82 kilogram serbuk ekstasi, 296 gram ketamin dan 13.20 gram pil erimin 5.

Polis katanya turut menyita pelbagai peralatan dipercayai untuk membungkus semula dadah, sebuah kereta, pelbagai barangan kemas serta wang tunai RM2,761 dan dolar Singapura S$200.

Kumar berkata semakan mendapati seorang daripada lelaki itu mempunyai rekod lampau berkaitan dadah.

Beliau berkata kesemuanya kini direman bermula 11 Jan lepas untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan