Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pembukaan cawangan baharu Emart di Boulevard Kuching kini menawarkan promosi hebat selama tiga hari bermula 17 hingga 19 Januari ini. Foto TVS

Emart Boulevard Kuching tawar promosi hebat sempena Tahun Baharu Cina

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 17 Jan: Bersempena pembukaan cawangan baharu, Emart Boulevard Kuching kini menawarkan promosi hebat selama tiga hari bermula 17 hingga 19 Januari ini.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Emart Phang Kang Wai berkata, cawangan ke-16 itu menawarkan pelbagai harga istimewa yang berbeza dengan Jualan Sehari yang turut diadakan sehingga hujung bulan ini sempena sambutan perayaan Tahun Baharu Cina.

Emart Boulevard Kuching tawar promosi hebat sempena Tahun Baharu Cina | TVS

“Hari ini adalah pembukaan cawangan baharu Emart Boulevard, selepas dua bulan menjalani pengubahsuaian dan sudah tentu terdapat banyak promosi yang sedang berlangsung sehingga esok (Sabtu) dan Ahad.

“Antara yang istimewa di sini ialah kami juga menawarkan tempat letak kereta secara percuma iaitu setiap kali pelanggan berbelanja sekurang-kurangnya RM30 di sini, mereka boleh menikmati dua jam tempat letak kereta secara percuma,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Pembukaan Rasmi Emart Boulevard Kuching, di sini, hari ini.

Menurut Kang Wai, Emart Boulevard Kuching merupakan cawangan ke-16 yang dibuka di seluruh Sarawak manakala ia adalah cawangan ke-11 di bandar raya ini.

Tambahnya, cawangan baharu tersebut direka dengan menggunakan konsep berlainan dan futuristik yang akan memberikan pengalaman membeli-belah luar biasa kepada pelanggan.

“Seperti yang anda boleh lihat, kami telah menambah banyak lampu LED yang akan berubah mengikut musim perayaan, contohnya semasa Tahun Baharu Cina, kami akan menukar kepada tema Tahun Baharu Cina.

“Manakala semasa Hari Raya, kami akan menukar kepada tema raya. Jadi, pelanggan akan merasai banyak pengalaman baharu apabila mereka membeli-belah di sini,” ujarnya.

Sementara itu, salah seorang pelanggan yang ditemui, Tiong Lieng Chuo berasa teruja dengan promosi yang diadakan di Emart Boulevard hingga sanggup menunggu seawal jam 7.30 pagi untuk pembukaan rasminya.

“Emart sentiasa mempunyai banyak pilihan dan tawaran yang menarik. Kebanyakan promosi yang diadakan juga amat membantu saya sebagai seorang peniaga,” jelasnya.

Bagi seorang lagi pelanggan, Jennifer Chieng, dia amat berminat dengan harga buah-buahan dan sayur-sayuran yang murah ditawarkan oleh pasar raya itu selain tinggal berdekatan dengan Pusat Beli-Belah Boulevard Kuching yang memudahkan dirinya berbelanja di situ.

Pelanggan yang ingin mendaftar untuk kad ahli Emart boleh melakukannya secara dalam talian di laman web https://member.emart.my/register atau mengunjungi kaunter khidmat pelanggan emart boulevard untuk bantuan lanjut.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi halaman rasmi Facebook Emart di https://www.facebook.com/EmartMalaysia. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan