Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dion Das Louis meraih kemenangan berganda dalam kategori Mini Solo National dan Folklore pada Dance World Cup Malaysia Qualifier.

Dion Das wakil Malaysia ke Dance World Cup di Sepanyol

KUCHING, 17 Jan: Dion Das Louis sekali lagi mengharumkan nama Sarawak apabila meraih kemenangan berganda dalam kategori Mini Solo National dan Folklore pada Dance World Cup Malaysia Qualifier.

Menurut laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) hari ini, Dion, 9, yang dikenali sebagai ‘Little Bornean Birdie’turut menerima Anugerah Best Solo Mini, memperlihatkan bakat luar biasanya dalam bidang tarian.

Dion Das Louis menunjukkan piala dimenanginya.

“Dengan kemenangan tersebut, Dion layak mewakili Malaysia dalam Dance World Cup Finals yang akan berlangsung di Burgos, Sepanyol pada Julai ini,” menurut laporan itu.

Persembahan Dion yang memenangi hati juri diilhamkan daripada tarian tradisional Dayak Iban ‘ngajat’, yang digabungkan dengan elemen budaya Sarawak, termasuk simbolik ‘Ruai’ (Burung Kuang Malaysia) dan ‘Kenyalang’.

“Pencapaian luar biasa ini menjadi bukti usaha keras dan semangat Dion, sekali gus membawa kebanggaan bukan sahaja kepada Sarawak tetapi juga kepada Malaysia secara keseluruhan,” menurut laporan itu lagi.

Tahun lalu, Dion turut mengharumkan nama Sarawak dan Malaysia apabila berjaya meraih dua pingat emas di 27th World Championships of Performing Arts (WCOPA) di Amerika Syarikat.

Bersaing dalam Divisyen Junior, Dion cemerlang dalam kategori ‘Ethnic Dance’ dan ‘Photo Shoot Model’ dalam acara yang berlangsung di Long Beach, California.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan