Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebanayk 94 tapak gerai jualan disediakan DBKU sempena Bazar Ramadan di Satok Foto fail TVS.

Bazar Ramadan: 94 gerai jualan di Satok tahun ini

ByFarah Diyana Samsuddin

KUCHING, 17 Jan: Sebanyak 94 petak gerai jualan sempena Bazar Ramadan di Satok disediakan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) tahun ini.

Menurut kenyataan agensi itu, bazar kali ini diadakan dari 2 hingga 30 Mac 2025 menyaksikan 18 petak bagi kategori minuman dan 72 petak (kategori makanan) dengan kadar bayaran RM450.

“Seterusnya bagi kategori panggang, empat petak ditawarkan dengan kadar bayaran sewa RM500,” katanya.

DBKU menyatakan petak jualan Bazar Ramadan Satok akan mula dibuka pada 21 Januari 2025 (Selasa) mulai jam 9 pagi hingga 5 petang.

Kenyataan juga memaklumkan permohonan boleh dibuat secara atas talian menerusi pautan di laman sesawang DBKU https://dbku.sarawak.gov.my/.

Sementara itu, pemohon diingatkan untuk mengemukakan nombor telefon dan e-mel yang sah bagi memudahkan pemakluman keputusan permohonan.

Selain itu, pemohon juga dikehendaki untuk memuat naik dokumen lengkap termasuklah gambar berukuran passport bagi pemohon dan pembantu gerai atau pekerja; salinan Kad Pengenalan pemohon dan pembantu gerai atau pekerja; salinan Sijil Kursus Pengendali Makanan pemohon dan pembantu gerai atau pekerja; salinan Laporan Pemeriksaan Kesihatan beserta suntikan typhoid (Vaksin Kepialu) pemohon dan pembantu gerai/pekerja; atau salinan Kad Pengendali Makanan DBKU.

Dalam pada itu, pemohon juga perlu ambil maklum bahawa setiap permohonan yang dihantar akan ditapis dan permohonan yang tidak lengkap tidak akan dilayan.

“Hanya permohonan yang berjaya sahaja akan dihubungi oleh pihak DBKU melalui telefon atau e-mel untuk hadir ke sesi taklimat dan cabutan nombor petak.

“Pemohon juga akan membuat pembayaran pada 8 Februari 2025 (Sabtu) yang bertempat di Auditorium DBKU, Bukit Siol, Jalan Semariang,” ujar kenyataan terbabit

Untuk sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut, sila hubungi Bahagian Pelesenan di talian 082-512955.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan