Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hadir pada Majlis Pengumuman Dividen ASSAR bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2025, di Hikmah Exchange Event Centre (HEEC) di sini, hari ini. Foto Akma Salleh (TVS)

ASSAR umum dividen interim 3.0 sen seunit

KUCHING, 17 Jan: Amanah Saham Sarawak (ASSAR) hari ini mengumumkan pengagihan dividen interim sebanyak 3.0 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2025.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, dividen tersebut melibatkan pengagihan sebanyak RM 13.23 juta kepada 57,653 pelabur dan ia dikira berdasarkan pegangan unit pada 31 Disember 2024.

ASSAR umum dividen interim 3.0 sen seunit | TVS

“Memandangkan Tabung ASSAR telah berjaya mengekalkan prestasi yang memuaskan, maka dengan sukacitanya saya mengumumkan pengagihan dividen interim sebanyak 3.0sen seunit bagi Tahun Kewangan berakhir 30 Jun 2025.

“Ini bermakna terdapat lebihan pendapatan sebanyak RM13.52 juta yang tersedia sebagai rizab bagi menampung pendapatan Tabung ASSAR untuk tempoh yang seterusnya. Saya cukup bangga kerana ASSAR terus berjaya memberikan hasil dividen yang kompetitif dengan portfolio ekuiti mengekalkan peranan penting dalam memacu prestasi tabung,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pengumuman Dividen ASSAR bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2025, di Hikmah Exchange Event Centre (HEEC) di sini, hari ini.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Peguam Besar Negeri Sarawak Datu Saferi Ali dan Pengerusi Kumpulan Syarikat Permodalan ASSAR Dato Sri Wahab Dolah.

Sementara itu Abang Johari berkata, Nilai Aset Bersih (NAB) ASSAR telah meningkat secara konsisten kepada
hampir RM1.14 pada 31 Disember 2024, iaitu pertumbuhan sebanyak 4.9 peratus.

Menurutnya, peningkatan itu amat membanggakan dalam konteks keadaan pasaran saham yang lebih sederhana apabila indeks FBMKLCI hanya meningkat 3.3 peratus bagi tempoh tersebut.

“Dalam iklim pelaburan yang agak mencabar ini, Tabung ASSAR telah mempelbagaikan pelaburan dalam pasaran ekuiti secara berhati-hati manakala pelaburan di dalam pasaran pendapatan tetap terus diutamakan sejajar dengan objektif Tabung ASSAR untuk memelihara modal sambil menjana pendapatan yang stabil.

“Peruntukan optimum dana antara portfolio ekuiti dan bon ini telah membolehkan Tabung ASSAR mengekalkan pulangan stabil untuk pelabur,” ujarnya.

Untuk rekod jumlah pendapatan kasar yang direalisasikan bagi tempoh 6 bulan pertama tahun kewangan berakhir 30 Jun 2025 ialah RM22.62 juta, meningkat sebanyak 45 peratus berbanding RM15.59 juta bagi tempoh yang sama tahun sebelumnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan