Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Abang Johari rasmi Jambatan Marudi hari ini

BySalasiah Safian

MARUDI, 17 Jan: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merasmikan Jambatan Marudi hari ini.

Pembinaan Jambatan Marudi yang memakan masa 32 bulan itu dimulakan pada 20 Oktober 2022.

Projek ini telah siap sepenuhnya pada 10 November 2024 iaitu mendahului sembilan bulan dari jadual (5 September 2025).

Jambatan Marudi sepanjang 650 meter yang merentasi Sungai Batang Baram bukan sahaja memudahkan pergerakan antara Marudi dan Miri tetapi juga berperanan sebagai pemangkin pembangunan sosiaekonomi di kawasan ini.

Jambatan ini dibina bersama jalan sepanjang 800 meter yang mengikut standard JKR R5 dan membolehkan kelajuan sehingga 80 km/jam telah menamatkan kebergantungan penduduk terhadap perkhidmatan feri.

Langkah ini mempercepatkan masa perjalanan, mengurangkan kebergantungan kepada pengangkutan air, meningkatkan akses kepada perkhidmatan penting seperti pendidikan dan kesihatan serta merangsang ekonomi tempatan.

Pembukaan Jambatan Marudi menandakan satu lagi pencapaian besar Kerajaan Sarawak dalam memperkukuhkan aksesibiliti, meningkatkan peluang ekonomi, dan memperbaiki kesejahteraan rakyat secara menyeluruh.

Dengan jaringan infrastruktur yang lebih baik, kawasan ini kini bersedia menjadi pemangkin kepada pelaburan strategik, pembangunan komprehensif, dan transformasi sosio-ekonomi yang memberi manfaat jangka panjang kepada seluruh negeri Sarawak.

Projek ini juga merupakan sebahagian daripada rangkaian infrastruktur besar yang menghubungkan bahagian utama seperti Miri, Marudi, Limbang, Lawas, Mulu, dan negara jiran Brunei serta Sabah.

Melalui pelaksanaan projek Sarawak-Sabah Link Road, akses logistik dan perhubungan antara pekan Lawas, Limbang dan Miri melalui Marudi dijangka diperkukuhkan.

Penyambungan rangkaian ini akan membuka kawasan pedalaman kepada pasaran yang lebih luas, menarik pelaburan, merancakkan perdagangan dan memacu industri pelancongan dengan akses lebih mudah ke destinasi bertaraf dunia seperti Taman Negara Mulu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan