Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah menyampaikan bantuan kepada 150 penerima bantuan di Miri sempena program Sejambak Kasih Tahun Baru Cina 2025 di Dynasty Hotel di Miri, hari ini. Foto Vanessa Enjop (TVS)

836 individu terima sumbangan Tahun Baharu Cina

ByVanessa Enjop

MIRI, 17 Jan: Seramai 836 penerima bantuan kebajikan di Bahagian Miri akan menerima sumbangan sempena Tahun Baharu Cina 2025 dengan jumlah keseluruhan berjumlah RM83,600.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, daripada jumlah itu, seramai 150 penerima yang hadir pada Majlis Sejambak Kasih Tahun Baru Cina di Dynasty Hotel, Miri hari ini menerima sumbangan dalam bentuk tunai sebanyak RM100 setiap seorang serta hamper makanan bernilai RM150 setiap satu.

“Bagi 686 penerima lain yang tidak dapat hadir, sumbangan tunai akan dikreditkan terus ke akaun masing-masing,” katanya.

Menurut Fatimah, Kerajaan Sarawak menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) menyalurkan bantuan berjumlah RM258 juta kepada 56,044 penerima sepanjang tahun 2024.

“Sebanyak 8,135 penerima bantuan kebajikan berbangsa Cina di seluruh Sarawak akan menerima sumbangan sempena Tahun Baru Cina 2025 dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM813,500.

“Program Sejambak Kasih adalah inisiatif khas Sarawak yang menyemarakkan semangat kasih sayang, perpaduan dan keprihatinan dalam masyarakat. Sarawak juga merupakan satu-satunya negeri yang menganjurkan program ini secara konsisten setiap kali perayaan utama,” ujarnya.

Tambah Fatimah, kenaikan kadar bantuan turut diperkenalkan tahun ini bagi Bantuan Warga Emas dan Bantuan Kanak-Kanak.

“Bermula 1 Januari 2025, seramai 21,192 warga emas akan menerima bantuan dengan kadar baharu. Kanak-kanak berumur tujuh tahun ke bawah menerima RM250, manakala yang berumur tujuh tahun ke atas menerima tambahan sebanyak RM50,” jelasnya.

Terdahulu, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Rosey Yunus menyatakan penghargaan kepada Dynasty Hotel atas kerjasama menjayakan majlis itu.

“Dynasty Hotel Miri menyediakan fasiliti untuk majlis ini secara percuma dan turut menyumbangkan hamper makanan bernilai RM150, menjadikan jumlah keseluruhan sumbangan hamper sebanyak RM22,500,” kata Rosey.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan