Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Awla turut berkongsi kegembiraan bersama  para penerima Anugerah Pelajar Cemerlang atas usaha yang konsisten, disiplin diri dan semangat juang yang tinggi. Foto: UKAS

49 pelajar SK Haji Bujang Rangawan Putin khatam al-Quran dirai

ByFarah Diyana Samsuddin

Sadong Jaya, 17 Jan: Seramai 49 pelajar dari Tahun 6 Sekolah Kebangsaan (SK) Haji Bujang Rangawan Putin diraikan sejurus berjaya menamatkan Khatam Al-Quran.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris berkata kejayaan mereka menyaksikan pencapaian akademik yang cemerlang diiringi juga dengan kejayaan dalam aspek rohani.

“Dalam majlis penuh makna, pelajar-pelajar yang telah berjaya menamatkan bacaan Al-Quran diraikan sebagai bukti usaha gigih, ketekunan dan keikhlasan mereka dalam mendalami kalam Allah SWT.

“Khatam Al-Quran adalah satu pencapaian yang amat bermakna, mencerminkan bukan sahaja kemahiran membaca tetapi juga kesungguhan dan komitmen dalam memahami panduan hidup yang menjadi rahmat kepada seluruh umat manusia,” katanya menurut satu laporan UKAS.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Khatam Al-Quran dan Anugerah Pelajar Cemerlang sekolah tersebut di Kampung Sungai Putin di sini pada Khamis.

Dalam pada itu, Awla turut berkongsi kegembiraan bersama  para penerima Anugerah Pelajar Cemerlang atas usaha yang konsisten, disiplin diri dan semangat juang yang tinggi.

“Kecemerlangan bukan sekadar dinilai berdasarkan keputusan peperiksaan tetapi juga kemampuan untuk memanfaatkan ilmu demi kebaikan masyarakat, agama dan negara.

“Pendidikan seimbang antara duniawi dan ukhrawi diakui sebagai asas pembentukan generasi yang berjaya dalam pelbagai aspek kehidupan,” jelasnya.

Hadir sama, Pemangku Guru Besar SK Bujang Rangawan Putin, Cellor Lidek

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan