Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anthony bercakap dalam sidang media selepas hadir pada Pembentangan Laporan Prestasi Prasarana 2024 di sini hari ini. Foto, Afiq Johari

250 buah bas EV pengangkutan awam dalam proses tender

ByHafeezzur Muzamir

PUTRAJAYA, 17 Jan: Kerajaan akan menggunakan bas elektrik (EV) sepenuhnya untuk pengangkutan awam dengan langkah ke arah itu sudah dimulakan awal tahun ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, ia melibatkan perolehan 250 buah bas EV yang kini dalam proses tender.

Sehubungan itu, jelas beliau sebanyak 310 bas diesel yang akan diterima oleh Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) pada suku kedua tahun ini merupakan kumpulan terakhir bas jenis itu sementara menunggu peralihan penggunaan bas EV.

“Ini kerana hala tuju kerajaan selepas ini adalah menggunakan bas EV.

“Selepas ini, kita akan akan memperolehi 250 buah bas EV yang sedang dalam tender ketika ini,” katanya pada sidang media Pembentangan Laporan Prestasi Prasarana 2024 di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Prasarana, Mohd Azharuddin Mat Sah.

Sebelum ini, Anthony berkata, pengangkutan awam di seluruh negara akan beralih sepenuhnya kepada EV menjelang 2037.

Sementara itu dalam perkembangan lain, beliau memaklumkam Prasarana menyasarkan satu juta Min Kilometer Antara Kegagalan (MKBF) menjelang suku kedua tahun 2026.

Loke berkata ia mampu dicapai selepas sistem itu hanya mengalami satu gangguan bagi setiap satu juta kilometer (km) trek sebelum ini.

“Apabila kereta api bergerak sehingga sejuta km, hanya ada satu gangguan. Sekarang, mungkin ada laluan sepanjang 200,000 atau 400,000 km dengan purata satu gangguan.

“Jika satu juta km hanya mempunyai satu gangguan, bermakna kekerapan gangguan adalah sangat rendah. Mungkin setahun sekali atau dua kali,” ujarnya. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan