Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dzulkefly Ahmad dan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek pada sidang media Majlis Penyerahan Kaca Mata Bagi Program Pemeriksaan Refraksi dan Penajaan Pembetulan Ketajaman Penglihatan Kepada Murid Sekolah Rendah Tahun 1 Kategori B40 dan M40 di Wilayah Persekutuan Putrajaya di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9(2) hari ini. Foto Bernama

WBB masih di peringkat cadangan – Dzulkefly

ByBernama

PUTRAJAYA, 16 Jan: Waktu Bekerja Berlainan (WBB) iaitu sistem syif baharu untuk petugas penjagaan kesihatan awam masih di peringkat cadangan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata ia merupakan usaha berterusan untuk penambahbaikan perkhidmatan dan kebajikan petugas Kementerian Kesihatan (KKM).

“Apapun perkara ini (WBB) masih dalam status cadangan dan belum pun sampai kepada saya dan juga jauh lagi kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

“Malangnya ia telah didedahkan, mungkin sengaja, mungkin tidak sengaja,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Kaca Mata Bagi Program Pemeriksaan Refraksi dan Penajaan Pembetulan Ketajaman Penglihatan kepada murid Tahun 1 kategori B40 dan M40 di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Dzulkefly berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan Hartal Doktor Kontrak (HDK) untuk menarik balik WBB dengan serta-merta.

HDK mendakwa WBB telah menyebabkan kemarahan dalam kalangan pegawai perubatan apabila KKM mengumumkannya tanpa penglibatan terlebih dahulu dengan pihak berkepentingan utama.

Dzulkefly berkata beliau faham setiap cadangan ada baik dan buruknya yang akan menimbulkan kegusaran.

Sehubungan dengan itu, beliau berkata sebarang pelaksanaan akan melalui proses penilaian libat urus yang teliti khusus dengan hospital, doktor pakar dan ketua-ketua jabatan berkaitan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan