Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mohd Amirul Rizal Abdul Rahim membentangkan perancangan Malaysia menuju Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026). Foto Jazni Hanif (TVS)

VM2026: Malaysia fokus perkasa penginapan lanjutan, pelancongan lestari

ByMuqri Aziz

JOHOR BAHRU, 16 Jan: Malaysia akan terus memperkukuhkan usaha untuk menjadikan negara ini sebagai destinasi pelancongan pilihan menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) dengan memberi tumpuan kepada penginapan lanjutan dan pengalaman pelancongan menarik.

Ketua Sekretariat VM2026, Mohd Amirul Rizal Abdul Rahim berkata, kerajaan berhasrat untuk memanjangkan tempoh penginapan pelancong melalui pelbagai inisiatif strategik termasuk memperkayakan pengalaman budaya dan ekopelancongan, memperkasa komuniti tempatan dan memperbaiki infrastruktur pelancongan.

Langkah tersebut bertujuan menjadikan Malaysia sebagai destinasi yang menawarkan pengalaman holistik dan bernilai tinggi kepada pelancong domestik dan antarabangsa.

“Kami ingin memastikan pelancong dapat menikmati penginapan yang lebih panjang dengan menghidangkan pengalaman budaya dan ekopelancongan yang unik.

“Pada masa yang sama, kami akan terus memperkasa komuniti tempatan untuk turut sama meraih manfaat daripada sektor pelancongan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sesi Taklimat Media NTO bersempena ASEAN Tourism Forum (ATF) 2025 di Johor Persada International Convention Centre di sini, hari ini.

Selain itu, usaha juga akan ditumpukan kepada peningkatan perbelanjaan pelancong dengan mempromosikan pengalaman pelancongan khusus seperti pelancongan kesihatan, pendidikan dan ekopelancongan.

Langkah tersebut dilihat selari dengan usaha untuk meningkatkan daya tarikan Malaysia di peringkat global.

Kempen VM2026 membawa tema “Malaysia Lestari dan Kaya Budaya,” selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),yang mana Malaysia menyasarkan untuk mencapai 261 juta pelawat domestik dengan hasil pendapatan RM115.2 bilion dan 35.6 juta pelancong antarabangsa yang dijangka menyumbang RM147.1 bilion kepada ekonomi negara menjelang 2026.

“Walaupun sasaran ini bercita-cita tinggi, kami yakin bahawa dengan kerjasama erat antara kerajaan, sektor swasta, dan masyarakat, Malaysia mampu menjadi destinasi pelancongan yang bukan sahaja lestari tetapi juga memberikan nilai tinggi kepada pelancong,” ujarnya Mohd Amirul

Beliau menyeru semua pihak berkepentingan untuk bersama mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan terkemuka menjelang 2026 demi memastikan kejayaan kempen VM2026 sekali gus merancakkan pertumbuhan ekonomi negara. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan