Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerajaan Thailand menyatakan minat untuk bekerjasama dengan Malaysia dalam bidang tadbir urus digital bagi meningkatkan kualiti hidup rakyatnya. Foto hiasan Envato

Thailand mahu jalin kerjasama digital dengan Malaysia

ByBernama

BANGKOK, 16 Jan: Kerajaan Thailand menyatakan minat untuk bekerjasama dengan Malaysia dalam bidang tadbir urus digital bagi meningkatkan kualiti hidup rakyatnya.

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Ekonomi Digital dan Masyarakat Thailand Prasert Jantararuangtong berkata Thailand berhasrat untuk bekerjasama dengan negara anggota ASEAN bagi meningkatkan tahap hidup di rantau ini.

“Kerajaan Malaysia berjaya melaksanakan inisiatif kerajaan digital, terutamanya dalam bidang pendigitalan kerajaan dan teknologi awan. Kami ingin bekerjasama dengan Malaysia dalam sektor ini untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat Thailand,” kata Prasert semasa pertemuan dua hala dengan Menteri Digital Malaysia Gobind Singh Deo.

Pertemuan dua hala itu diadakan sempena Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) ke-5 yang diadakan di sini pada Khamis.

Beliau juga memuji kemajuan Malaysia dalam beberapa bidang, termasuk projek digital atau bandar pintar, keselamatan siber, permainan dan animasi, serta ekosistem ‘startup’ atau industri pemula.

Sementara itu, Prasert menekankan kepentingan ADGMIN sebagai peluang untuk Thailand menunjukkan keupayaan digital dan kepimpinannya dalam ASEAN.

Beliau menegaskan pembangunan infrastruktur digital dan memupuk inovasi adalah penting bagi meningkatkan daya saing Thailand.

“Thailand akan mendapat manfaat besar daripada mesyuarat ini, termasuk memupuk kerjasama digital dengan negara anggota ASEAN dan rakan dialog, bertukar pengetahuan dan teknologi, mempromosikan ekonomi digital, serta meningkatkan kemahiran digital dalam kalangan rakyat Thailand,” katanya.

Beliau berkata mengukuhkan keselamatan siber dan melindungi data peribadi kekal sebagai keutamaan kerana ia penting untuk membina keyakinan pelabur dan menyokong pertumbuhan ekonomi yang mampan.

Terdahulu, Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra merasmikan majlis pembukaan Mesyuarat Menteri Digital ASEAN ke-5 yang berlangsung di Bangkok pada Khamis.

Acara dihadiri oleh wakil 10 negara anggota ASEAN, rakan dialog utama seperti China, Jepun, Korea Selatan, Amerika Syarikat, India, Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU), serta wakil dari Timor-Leste dengan lebih 300 peserta. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan