Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Terbuka India 2025: Aaron-Wooi yik, Pearly-Thinaah mara pusingan 16 terbaik. Foto fail AFP

Terbuka India 2025: Aaron-Wooi Yik, Pearly-Thinaah mara pusingan 16 terbaik

ByBernama

KUALA LUMPUR, 16 Jan: Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik mara ke pusingan kedua Terbuka India 2025, selepas mencatat kemenangan ke atas pasangan bukan pilihan dari Thailand Peeratchai Sukphun-Pakkapon Teeraratsakul, dalam perlawanan sengit selama 56 minit awal pagi tadi.

Pada perlawanan pusingan 32 terbaik di Indira Gandhi Sports Complex menyaksikan Aaron-Wooi Yik tewas pada set pertama 20-22, namun bangkit untuk memenangi dua set berikutnya dengan keputusan 21-16 dan 21-18 ke atas pasangan yang berada pada ranking ke-31 dunia itu.

Pasangan negara itu akan berhadapan beregu China Xie Hao Nan-Zheng Wei Han, yang berada pada ranking ke-39 dunia pada pusingan kedua hari ini.

Aaron-Wooi Yik pernah tewas kepada pasangan tersebut pada pertemuan terdahulu di Kejohanan Berpasukan Badminton Asia 2024.

Selain itu, beregu utama wanita negara Pearly Tan-M. Thinaah turut melakar kemenangan apabila menundukkan pasangan tuan rumah Prerana Alvekar-Mrunmayee Despande 21-8, 21-19 dalam masa 27 minit.

Sebagai pilihan ketiga kejohanan, Pearly-Thinaah bakal menghadapi cabaran getir apabila bertemu pasangan China Jia Yi Fan-Zhang Shu Xian buat kali pertama pada pusingan 16 terbaik hari ini.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan