Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Perpaduan Negara K Saraswathy.

Sukan perpaduan akan diperluas – Saraswathy

ByBernama

KUALA LUMPUR, 16 Jan: Sukan Perpaduan yang berjaya menarik kehadiran orang ramai pada tahun lepas, akan diperluaskan dari segi skala mahupun jumlah acaranya tahun ini.

Timbalan Menteri Perpaduan Negara K Saraswathy berkata kementeriannya juga berhasrat melibatkan lebih ramai peserta bagi acara itu, selain turut menganjurkan program lain yang dapat memupuk nilai perpaduan dan kepelbagaian terutama dalam kalangan belia.

“Bagi tahun ini, kita akan mengenal pasti acara yang lebih menarik untuk belia dan fokus untuk mempromosikannya.

“Kita juga menganjurkan Sukan Perpaduan yang melibatkan pasukan pelbagai etnik bagi menggalakkan interaksi yang lebih baik. Tahun lepas lebih 23,000 orang mengambil bahagian, kami harap jumlahnya lebih besar tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di program Ponggal Perpaduan di Kuil Sri Maha Mariamman Bukit Kiara di sini hari ini.

Saraswathy berkata walaupun Ponggal disambut khusus oleh masyarakat India di seluruh negara, keunikan perayaan di Malaysia terletak pada penyertaan oleh semua masyarakat.

“Kami berharap untuk menggalakkan penglibatan lebih besar daripada semua kaum agar makna amalan budaya ini dapat difahami dengan lebih baik,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan