Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kwan Su Min berkata Singapura akan terus memantapkan kedudukan sebagai hab pelancongan dunia. Foto Jazni Hanif (TVS)

Singapura mantapkan kedudukan sebagai hab pelancongan dunia

ByMuqri Aziz

JOHOR BAHRU, 16 Jan: Singapura terus mencuri perhatian dunia dengan pencapaian memberangsangkan dalam sektor pelancongan sepanjang 2024 dan pelan strategik untuk tahun 2025.

Pengarah Kumpulan Pemasaran Komunikasi Lembaga Pelancongan Singapura (STB), Kwan Su Min berkata, kadar penginapan hotel purata meningkat kepada 82.4 peratus manakala pasaran utama seperti China, Indonesia dan India menyumbang kepada pertumbuhan ketibaan pelancong yang signifikan.

“Pertumbuhan ini mencerminkan daya tarikan Singapura sebagai destinasi bertaraf dunia dan kekuatan penawaran kami,” kata Kwan pada Sesi Taklimat Media NTO bersempena ASEAN Tourism Forum (ATF) 2025 di Johor Persada International Convention Centre di sini, hari ini.

Selain itu, tarikan baharu seperti Sentosa Sensoryscape, Universal Studios Singapore Ocean Park dan kapal pelayaran Disney Adventure telah dilancarkan bagi memperkukuh pengalaman pelancong antarabangsa.

Pada tahun ini juga pembukaan Rainforest Wild Asia dan pusat pengalaman pelabuhan di Changi dijangka menjadi daya tarikan utama.

Menurut Kwan, Marina Bay Sands kini sedang melalui fasa pengembangan dengan tambahan hotel mewah, arena hiburan dan ruang beli-belah premium, melambangkan keyakinan pelabur terhadap sektor pelancongan negara.

Singapura juga menyerlah melalui acara hiburan bertaraf dunia seperti konsert Taylor Swift dan Grand Prix Singapura, disamping kempen Culinary Capital yang mengukuhkan status negara sebagai destinasi gastronomi global.

Di samping itu, STB menekankan kepentingan kelestarian melalui inisiatif seperti panduan Sustainable Venues Playbook dan insentif pengurangan karbon, menunjukkan komitmen terhadap pembangunan hijau.

“Dengan visi untuk memenuhi kehendak pelancong moden, kami terus mencipta pengalaman baharu yang menghubungkan inovasi, budaya, dan kelestarian,” ujarnya.

Persiapan untuk World Expo 2025 di Osaka turut menjadi bukti kesungguhan Singapura untuk menonjolkan identitinya sebagai hab pelancongan global dengan pavilion bertemakan Where Dreams Take Shape.

Pelan STB ini tidak hanya merangkumi tarikan fizikal tetapi juga pengalaman menyeluruh yang mengukuhkan kedudukan Singapura sebagai destinasi pelancongan yang dinamik, mampan dan inovatif di peringkat antarabangsa. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan