Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Setiausaha-Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak hari ini membuat laporan polis mengenai berita palsu yang disunting yang tular di aplikasi WhatsApp. Foto Nasrullah (TVS)

Setiausaha politik buat laporan polis berhubung ucapan disunting berunsur fitnah

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 16 Jan: Setiausaha-Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak hari ini membuat laporan polis berhubung penyebaran berita palsu yang tular di aplikasi WhatsApp.

Berita itu, yang disunting pihak tidak bertanggungjawab, didakwa memutarbelitkan ucapan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Roseline Mapong berkata ia berkaitan pengubahsuaian maklumat yang dipetik daripada ucapan Uggah pada Majlis Amanat Perdana Premier Sarawak baru-baru ini.

“Ini merupakan satu perbuatan yang melaga-lagakan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak serta merendah-rendahkan dan menghina Kerajaan GPS dan mengelirukan rakyat Sarawak.

“Perbuatan ini juga tidak bemoral dan boleh disifatkan amat biadab. (Kami) menentang sekeras-kerasnya dan mengutuk perbuatan ini kerana dengan sengaja mengubah, menyunting dan juga menyalahgunakan media sosial dan memberi kesan negatif kepada orang ramai,” jelasnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan polis tersebut di Balai Polis Satok di sini, hari ini.

Antara Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak yang bersama-sama membuat laporan ialah Maurice Giri, Damien Rejek, Abdul Samad Gani, Abang Abdul Aziz Abang Draup, Bell Bernard Aggan dan Kho Teck Wan.

Menurutnya kenyataan tersebut bersifat mengelirukan serta mempunyai unsur fitnah selain berniat jahat dan tidak menghormati pemimpin-pemimpin Sarawak.

“Perkara ini tidak harus berlaku kerana telah menggunakan media dan menyebarkan maklumat palsu adalah satu kesalahan, maka tidak wajar diamalkan kerana ia boleh menimbulkan keresahan, kemarahan rakyat.

“Di samping itu juga secara tidak langsung mengancam keselamatan pemimpin-pemimpin kita. Sekiranya berterusan akan memberi kesan yang negatif dan wajib diberhentikan segera penyebaran oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,” ujarnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan