Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Delegasi Sarawak turut disertai oleh Setiausaha Tetap Kementerian Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak (MEESty), Datu Abg Ahmad Abg Morni, Ketua Bahagian Tenaga MEESty, Dr. Nurleyna Yunus, Ketua Pegawai Eksekutif Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak di Singapura (STATOS), Chew Chang Guan, serta Ketua Bahagian Pembangunan Korporat dan Ekonomi MEESty, Dr. Kho Lip Khoon. foto: UKAS

Sarawak saksi pelancaran alat ujian bahan api lestari di Singapura

ByFarah Diyana Samsuddin

KUCHING, 16 JAN: Delegasi Sarawak menyaksikan pelancaran alat ujian pengeluaran karbon dioksida dan hidrogen kepada bahan api penerbangan lestari (SAF) di Jurong, Singapura, baru-baru ini.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan), Datuk Seri Dr. Muhammad Abdullah Zaidel mengetuai lawatan anjuran Institut Kelestarian untuk Kimia, Tenaga dan Alam Sekitar (ISCE2) bersama IHI Corporation di Republik berkenaan.

Menurut satu kenyataan, lawatan itu juga bertujuan menilai kebolehlaksanaan teknologi pengeluaran SAF di Sarawak dengan memanfaatkan sumber tempatan untuk memenuhi permintaan global terhadap bahan api lestari.

Kenyataan juga menyatakan teknologi SAF yang dipamerkan itu berpotensi memainkan peranan penting dalam peralihan tenaga global.

Dr. Muhammad Abdullah menyakini bahawa teknologi SAF selaras dengan visi Sarawak untuk memacu pertumbuhan ekonomi mampan dan menyumbang kepada pengurangan karbon global.

“Penggunaan teknologi ini akan mengukuhkan kedudukan Sarawak sebagai peneraju dalam sektor tenaga hijau dan mencapai masa depan rendah karbon,” katanya.

Seterusnya delegasi turut mengadakan perbincangan dengan IHI Asia Pacific Pte. Ltd. bagi meneroka peluang kerjasama dan pelaburan.

Turut hadir Setiausaha Tetap Kementerian Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak (MEESty), Datu Abg Ahmad Abg Morni, Ketua Bahagian Tenaga MEESty, Dr. Nurleyna Yunus, Ketua Pegawai Eksekutif Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak di Singapura (STATOS), Chew Chang Guan, serta Ketua Bahagian Pembangunan Korporat dan Ekonomi MEESty, Dr. Kho Lip Khoon.

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan