Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
operasi SAR yang masuk hari keempat ini telah diselaraskan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Polis Marin (PPM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), dan Sarawak Coastguard. Foto Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong Miri

Remaja hilang di Pantai Batu Satu ditemui lemas

ByVanessa Enjop

MIRI, 16 Jan: Seorang remaja lelaki yang hilang sejak 13 Januari lalu di Pantai Batu Satu, Kuala Baram ditemui lemas pada pagi tadi berhampiran Pantai Lutong, di sini.

Ketua Pegawai Seksyen Operasi Zon Maritim Miri, Leftenan Komander Maritim, Safril Aza Mustapa berkata mangsa, Muhammad Iqbal Khairul Hisyam, 16, dari SMK Pujut dilaporkan hilang pada 13 Januari sekitar jam 4.00 petang ketika mandi di pantai bersama tiga rakannya.

“Satu objek disyaki mayat telah dilaporkan dijumpai oleh pekerja tapak pembinaan berdekatan Pantai Lutong dalam keadaan sempurna,” katanya pada sidang media hari ini.

Jarak penemuan mayat menurutnya adalah sekitar lebih kurang 1.7 batu nautika dari lokasi terakhir mangsa dikhuatiri lemas.

Terdahulu, pada hari kejadian Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kuching menerima maklumat daripada ibu mangsa, Nor Amalina, yang menyatakan bahawa anaknya telah ke tepi pantai bersama tiga rakan untuk mandi.

“Rakan-rakan mangsa melihatnya gagal berenang dan tenggelam ketika cuba kembali ke tepi pantai sekitar jam 5 petang namun pencarian awal oleh pasukan darat dari pelbagai agensi di kawasan pesisir pantai tidak menemui mangsa,” ujarnya.

Menurutnya operasi SAR yang masuk hari keempat ini telah diselaraskan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Polis Marin (PPM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), dan Sarawak Coastguard.

Dalam pada itu, Safril mengingatkan masyarakat untuk mengutamakan keselamatan, terutama ketika beraktiviti di laut dalam keadaan cuaca yang tidak menentu akibat musim Monsun Timur Laut.

“Seperti yang kita sedia maklum, cuti sekolah akan bermula pada minggu hadapan, dan ramai ibu bapa akan membawa anak-anak untuk bercuti. Saya mengingatkan agar cuba elak membawa anak-anak untuk aktiviti di laut.

“Pada masa ini, negara kita sedang berhadapan dengan angin monsun laut yang menyebabkan keadaan laut sangat bergelora dan angin kencang,” tegasnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan