Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berikrar pada Rabu untuk menjamin pelaksanaan perjanjian gencatan senjata di Gaza antara Israel dan kumpulan Palestin Hamas, yang dijangka berkuat kuasa pada 19 Jan. Foto fail AFP

Qatar, Mesir, AS komited pastikan pelaksanaan gencatan senjata di Gaza

ByBernama

ISTANBUL, 16 Jan: Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berikrar pada Rabu untuk menjamin pelaksanaan perjanjian gencatan senjata di Gaza antara Israel dan kumpulan Palestin Hamas, yang dijangka berkuat kuasa pada 19 Jan, lapor Agensi Anadolu (AA).

Ketiga-tiga negara itu mengumumkan bahawa “pihak-pihak yang terlibat dalam konflik di Gaza telah mencapai persetujuan untuk pembebasan tebusan sebagai pertukaran dengan tebusan dan tahanan serta kembali kepada ketenangan yang mampan, dengan matlamat akhirnya mencapai gencatan senjata kekal antara pihak-pihak terbabit,” menurut kenyataan Kementerian Luar Qatar.

“Perjanjian itu dijangka berkuat kuasa mulai 19 Jan 2025,” tambah kenyataan bersama itu.

“Perjanjian yang dicapai oleh kedua-dua pihak merangkumi tiga peringkat.

“Peringkat pertama, yang berlangsung selama 42 hari, melibatkan gencatan senjata, pengunduran tentera Israel dari kawasan berpenduduk, pertukaran tebusan dan tahanan, kepulangan rakyat Palestin ke rumah mereka serta pemindahan pesakit dan mereka yang cedera untuk mendapatkan rawatan,” menurut kenyataan itu.

Ia turut merangkumi penghantaran bantuan kemanusiaan berskala besar, termasuk bekalan perubatan, makanan, bahan bakar dan bahan untuk tempat perlindungan.

Hospital, pusat kesihatan dan kedai roti akan dibaik pulih, sementara bekalan untuk pertahanan awam juga akan dihantar.

Ketiga-tiga negara itu mengesahkan peranan mereka sebagai penjamin untuk memastikan semua peringkat perjanjian dilaksanakan sepenuhnya.

Para perantara akan bekerjasama dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan rakan antarabangsa untuk mengawasi proses itu serta menyokong aliran bantuan ke Gaza. Mereka turut menggesa negara lain untuk menyertai usaha tersebut di bawah mekanisme yang ditetapkan bagi melaksanakan perjanjian itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan