Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mesir sedang siap siaga untuk membuka semula Pintu Masuk Rafah bagi memudahkan penghantaran bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Gaza susulan laporan mengenai perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas. Foto fail AFP

Mesir siap sedia buka semula pintu masuk Rafah untuk bantuan ke Gaza

ByBernama

KUALA LUMPUR, 16 Jan: Mesir sedang siap siaga untuk membuka semula Pintu Masuk Rafah bagi memudahkan penghantaran bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Gaza susulan laporan mengenai perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas.

Sumber peringkat tinggi turut mendedahkan kesediaan Mesir untuk membawa masuk bantuan kemanusiaan terbesar ke Semenanjung Gaza.

Sebagai respons kepada perkembangan tersebut, Duta Besar Mesir ke Malaysia Ragai Nasr, mengalu-alukan perjanjian gencatan senjata itu, dengan menyifatkannya sebagai langkah penting untuk meringankan penderitaan rakyat Palestin.

Beliau berkata Mesir bersedia dengan tangan terbuka untuk mempermudah penghantaran bantuan kemanusiaan Malaysia ke Gaza melalui Pintu Masuk Rafah.

“Alhamdulillah, kami berjaya mencapai perjanjian demi kepentingan saudara-saudara kita di Palestin.

“Kami berharap dapat meneruskan sokongan kemanusiaan daripada Malaysia yang pemurah kepada Gaza melalui Pintu Masuk Rafah selepas ia dibuka semula,” kata Nasr kepada Bernama pada Khamis.

Gencatan senjata yang dijadualkan bermula Ahad, diumumkan pada Rabu malam oleh Perdana Menteri Qatar Mohammed bin Abdulrahman. Perjanjian itu diusahakan Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS), bertujuan menghentikan konflik selama 15 bulan dengan tempoh gencatan awal selama 42 hari.

Pintu masuk Rafah ditutup untuk penghantaran bantuan sejak Mei 2024, apabila tentera Israel mengambil alih kawalan di bahagian Palestin, tindakan yang dianggap tidak sah oleh Mesir. Hal ini menyebabkan penghantaran bantuan Mesir ke Gaza melalui laluan itu dihentikan, menurut laporan media antarabangsa. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan