Tatau, 16 Jan: Lima kanak-kanak antara 20 mangsa kebakaran di asrama pekerja di Ladang Semanok di sini, pada Rabu.
Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 11.46 malam, semalam.
Sejurus itu, seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tatau dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak 33 kilometer dari balai.
Menurut Komender Operasi, Hamka Husaini, setibanya di lokasi pihaknya mendapati kebakaran melibatkan asrama pekerja 10 pintu tidak kekal yang terbakar 100 peratus.
Dedahnya penghuni asrama terdiri 15 dewasa (dua lekaki dan tiga perempuan) serta lima kanak-kanak (dua lelaki dan tiga perempuan).
“Tiada melibatkan sebarang kemalangan jiwa,” katanya operasi berjaya dikawal sekitar jam 12.46 tengah malam.