Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota bomba dan penyelamat memadamkan api dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan Kok Tiong, Sungai Bidut, Sibu, malam tadi. Foto JBPM

Lelaki ditemukan mati dalam longkang berdekatan rumah terbakar

SIBU, 16 Jan: Seorang lelaki ditemukan mati di dalam longkang berdekatan sebuah rumah yang musnah dalam kebakaran di Jalan Kok Tiong, Sungai Bidut di sini malam tadi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Zon Sibu Andy Alie berkata lelaki tersebut dikenali sebagai Ngu Hieng Sie, 58, ditemukan dalam keadaan terlentang dalam parit dipenuhi air.

Beliau berkata panggilan kebakaran telah diterima pada jam 7.50 malam dan pasukan keluaran operasi (PKO) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah, terus digerakkan ke lokasi.

“PKO menemukan lelaki tersebut di dalam parit dipenuhi air berdekatan lokasi kejadian dan dipercayai telah terkena renjatan elektrik, kerana semasa diperiksa masih terdapat aliran elektrik di kawasan berair tersebut,” katanya dalam kenyataan awal pagi hari ini.

Ngu berkata mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata semasa kejadian, seorang penghuni berjaya menyelamatkan diri manakala seorang lagi penghuni tidak berada di rumah kerana keluar ke bandar.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan