Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming. Foto fail Bernama

KPKT rangka 122 pelan tindakan bagi 2025 – Nga

ByBernama

PUTRAJAYA, 16 Jan: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah merangka 122 pelan tindakan untuk dilaksanakan tahun ini, kata Menterinya Nga Kor Ming.

Beliau berkata antara inisiatif utama ialah pindaan undang-undang berkaitan hukuman khidmat masyarakat terhadap pesalah yang melakukan kesalahan kecil seperti membuang sampah, pembentangan Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar serta usaha melatih lebih ramai pakar subjek yang berkemahiran.

“Pada minggu lepas, Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT) telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan tiga universiti termasuk Universiti Teknologi MARA (UiTM) bagi meningkatkan sistem pengurusan,” katanya dalam Amanat Tahun Baharu 2025 di sini hari ini.

Nga berkata kejayaan kesemua inisiatif terbabit bergantung kepada perancangan yang rapi, pelaksanaan yang efisien dan pelan komunikasi yang efektif.

Sementara itu, Nga berkata sebagai penjawat awam, kejujuran dan keikhlasan adalah kunci utama dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.

“Apabila terlihat sesuatu yang jelas tidak betul, menjadi tanggungjawab kita untuk berani menegur dan memperbetulkan keadaan. Saya sebagai individu yang hanya berperanan kecil, namun berkhidmat demi rakyat dan negara, sedar bahawa saya tidak terlepas daripada kesilapan.

“Jika saya selaku menteri melakukan sebarang kesilapan, maka wajar untuk saya diperingatkan dan dikritik secara membina demi kebaikan bersama,” katanya.

Terdahulu, Nga berkata kementeriannya komited untuk mencapai kecemerlangan pada 2025 menerusi penerapan konsep nilai “greater HEIGHTS”.

Beliau berkata konsep berkenaan menjadi teras motivasi bagi warga KPKT dalam menghadapi cabaran dan memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada rakyat.

Nilai ‘greater HEIGHTS’ merangkumi Humility (rendah hati), Ethics (etika), Integrity (integriti), Gung-ho (semangat kerja keras), Honesty (kejujuran), Teamwork (kerjasama), dan Success (kejayaan). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan