Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Armizan menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Business Combat Program Usahawan Muda di UiTM Shah Alam di sini hari ini. Foto, TVS.

KPDN pertimbang syor naikkan denda salah guna logo halal

ByAmirah Shawel

SHAH ALAM, 16 Jan: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) terbuka untuk mempertimbang cadangan konstruktif bagi menangani isu penyalahgunaan logo halal di negara ini.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, antaranya termasuk syor menaikkan jumlah denda namun perkara itu memerlukan perincian lanjut.

Jelas beliau, ini berikutan dua kerangka perundangan semasa berkait isu halal sudah memperuntuk denda yang agak tinggi.

“Cadangan untuk menaikkan denda harus mengambil kira konteks dan jumlah kes pelanggaran perundangan.

“Saya fikir perkara ini perlu dipertimbang oleh semua pemegang taruh untuk menilai dan apa juga keputusan kita perlulah akhirnya menjurus kepada objektif menyelesaikan isu ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas hadir Majlis Perasmian Penutup Program Usahawan Muda Tahun 2024 Peringkat Kebangsaan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, hari ini.

Sementara itu, Armizan menegaskan bahawa pelanggaran isu halal adalah perkara yang tidak boleh dikompromi.

Sehubungan itu katanya KPDN sebagai agensi penguatkuasa sentiasa komited untuk bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Negeri dalam isu berkenaan.

“Kita perlu tangani dan kita juga perlu fahami prosesnya. Sebarang syor dan pandangan konstruktif, kita terbuka untuk pertimbang bersama pihak-pihak lain,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan