Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hadir pada Majlis Perutusan Tahun Baharu kementerian itu di ibu negara hari ini. Foto, TVS.

Keberkesanan ALK akan disemak semula

ByHafeezzur Muzamir

KUALA LUMPUR,16 Jan: Kementerian Pertahanan (MINDEF) akan menyemak semula kedudukan Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) dengan meneliti pencapaian, keberkesanan serta matlamat penubuhannya.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, langkah itu diambil dalam usaha mencari dan menarik bakat terbaik.

“Ia akan melibatkan faktor-faktor seperti keciciran dalam kalangan kadet, isu disiplin, kelestarian kos dan perbelanjaan, keanjalan dalam menetapkan bidang yang diperlukan.

“Ini semua perlu diperhalusi secara serius,” katanya pada Majlis Perutusan Tahun Baharu 2025 Kementerian Pertahanan di sini, hari ini.

RM12 bilion diluluskan untuk perolehan peralatan canggih ATM tahun ini

Mengulas lanjut, beliau berkata, MINDEF juga akan merancang satu pembiayaan khas bagi menaja pengajian pelajar-pelajar dalam bidang kritikal yang diperlukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Ia termasuk mempertimbangkan pendekatan menebus hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) graduan terpilih dalam kalangan anggota PALAPES yang berjaya diterima masuk ke dalam ATM,” ujarnya.

Dalam pada itu, Mohamed Khaled berkata, pihaknya akan memberi pengiktirafan terhadap pengalaman anggota ATM dengan pemberian kelayakan sekurang-kurangnya diploma, menggerak kerjasama dengan dan industri serta memantapkan program Protege ATM dalam usaha penambahbaikan kepada ATM. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan