Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Saifuddin Nasution menyampaikan syarahan di UiTM Shah Alam di sini hari ini. Foto Amiruddin (TVS)

KDN sedia pertimbang kuota khas pekerja asing sektor kelapa sawit

ByAmirah Shawel

SHAH ALAM, 16 Jan: Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersedia untuk mempertimbang semula kelulusan kuota khas pekerja asing bagi sektor perladangan khususnya kelapa sawit yang dibekukan sementara sebelum ini.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pertimbangan itu susulan permintaan oleh Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berikutan isu kekurangan tenaga kerja.

Jelas beliau, KDN telah menutup permohonan pekerja asing yang baharu sejak September tahun lalu.

“Namun, Datuk Johari kata bukalah untuk pekerja ladang terutama di Sabah dan Sarawak yang sedang menghadapi masalah kekurangan tenaga kerja bagi memetik buah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada siri syarahan menteri bertajuk Madani Sedang Direalisasi, Dekad Baharu Malaysia di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution memaklumkan KDN akan mendapatkan maklum balas daripada syarikat ladang mengenai jumlah tenaga kerja yang diperlukan dan membuat tapisan.

Beliau turut KDN telah memaklumkan kepada Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli untuk memasukkan perkara berkaitan pekerja asing dalam Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan