Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sumbangan ILP meliputi peningkatan modal insan berkemahiran, pengurangan kadar pengangguran dan pengukuhan ekonomi tempatan. Foto Tasha Jenkins (TVS)

Institut Latihan Perindustrian kukuhkan peranan tingkatkan modal insan berkemahiran

BySalasiah Safian

KUCHING, 16 Jan: Institut Latihan Perindustrian (ILP) terus memperkukuhkan peranannya sebagai enjin utama dalam merealisasikan aspirasi transformasi ekonomi Malaysia menuju ke arah negara berpendapatan tinggi yang inklusif dan mampan.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan ILP Miri, Mohd Ikram Mohamad, sumbangan ILP meliputi peningkatan modal insan berkemahiran, pengurangan kadar pengangguran dan pengukuhan ekonomi tempatan.

“ILP mampu melahirkan tenaga kerja yang memenuhi keperluan sektor strategik seperti teknologi hijau dan digital, sekali gus menyokong transformasi ekonomi negara.

“Graduan ILP yang memiliki kemahiran terkini mempunyai peluang lebih besar untuk mendapatkan pekerjaan. Latihan ini juga berorientasikan komuniti,” katanya ketika ditemui oleh TVS di sini, semalam.

Mohd Ikram Mohamad ditemui TVS di Miri pada Rabu. Foto Tasha Jenkins (TVS)

Selain itu, bagi memastikan komuniti terpinggir, termasuk penduduk kawasan luar bandar, mendapat manfaat daripada program TVET yang dirancang dalam Belanjawan 2025, ILP akan meningkatkan akses dan kebolehcapaian melalui program jangkauan (outreach) di kawasan luar bandar, penubuhan satelit latihan ILP, dan pelaksanaan latihan TVET digital.

Melalui program latihan yang relevan, ILP juga akan menyediakan kursus berdasarkan keperluan tempatan serta program latihan jangka pendek.

ILP turut bekerjasama dengan komuniti tempatan dengan melaksanakan latihan berasaskan komuniti serta memastikan penyertaan daripada golongan wanita dan golongan rentan.

Bagi meningkatkan lagi kesedaran umum mengenai kepentingan TVET, ILP akan mempergiatkan kempen kesedaran melalui media tempatan dan melibatkan alumni sebagai duta TVET.

Untuk golongan usahawan, ILP menyediakan pemudah cara berasaskan teknologi di kawasan luar bandar serta memberikan akses kepada teknologi dan pasaran.

“Dengan strategi-strategi ini, ILP dapat memperkukuhkan keterangkuman dalam program TVET, sekali gus memastikan manfaatnya sampai kepada komuniti terpinggir. Langkah ini juga akan menyumbang kepada usaha transformasi ekonomi Malaysia yang inklusif dan mampan,” ujarnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan