Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mohd Amin Mohamed Noor berucap pada Majlis Apresiasi & Kecemerlangan Kolej Vokasional Betong Tahun 2024 di Dewan Sri Kenanga, KV Betong, hari ini.

Graduan KV Betong capai kebolehpasaran 100 peratus tiga tahun berturut-turut

ByRegina Lee

BETONG, 16 Jan: Kolej Vokasional Betong (KV Betong) melakar kecermelangan dengan mencatatkan sebanyak 100 peratus pelajar diiktiraf kebolehpasaran sepanjang tiga tahun berturut-turut iaitu dari 2021 hingga 2023.

Pengarah KV Betong, Mohd Amin Mohamed Noor berkata, kejayaan ini menjadi bukti bahawa pendidikan vokasional mampu menghasilkan graduan yang bukan sahaja berkemahiran tinggi tetapi juga bersedia untuk bersaing dalam pasaran kerja.

Menurutnya, KV Betong telah mencapai 100 peratus kebolehpasaran pelajar pada tahun 2021; 46.67 peratus bekerja, 33.81 peratus menjadi usahawan dan 19.42 peratus menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

“Manakala pada tahun 2022, 72.73 peratus pelajar telah bekerja, 11.36 peratus menjadi usahawan dan 19.91 peratus menyambung pelajaran.

“Bagi tahun 2023 pula, 63.24 peratus pelajar telah berjaya mendapat pekerjaan, 22.06 peratus menjadi usahawan dan 14.17 peratus pelajar telah menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi.

“Peratusan ini menjadikan kebolehpasaran pelajar pada tahun 2023 mencapai 100 peratus,” katanya dalam ucapan aluan Majlis Apresiasi & Kecemerlangan Kolej Vokasional Betong Tahun 2024 di Dewan Sri Kenanga, KV Betong, hari ini.

Mohd Amin memaklumkan, data tersebut diambil dari data sistem kajian pengesanan graduan yang ditadbir oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPM).

Turut hadir, Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Gerald Rentap Jabu, Residen Bahagian Betong, Richard Michael Abunawas dan Ketua Penolong Pengarah Unit Pengurusan Kecemerlangan TVET, Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (BPLTV), Noorzalina Zainal Abidin.

Pada majlis sama, beliau turut mendedahkan pembinaan bangunan baharu di KV Betong yang telah siap sepenuhnya pada hari ini.

Ujar beliau, sebanyak lapan buah bangunan telah didirikan di tapak baharu tersebut direka untuk menyediakan kemudahan pembelajaran terbaik kepada pelajar, selari dengan keperluan industri dan teknologi terkini.

“Lapan bangunan ini merangkumi Bengkel Teknologi Elektrik (1 Tingkat), Bengkel Teknologi Automotif (2 Tingkat), Bengkel Teknologi Pembinaan (2 Tingkat), Bengkel Seni Kulinari (1 Tingkat dan 2 Tingkat), Bengkel Sistem Komputer Rangkaian dan Perakaunan (1 Tingkat), Bengkel Teknologi Kimpalan (1 Tingkat), dan Bengkel Pemesinan Industri (1 Tingkat).

“Diharapkan dengan siapnya pembinaan bangunan-bangunan baharu ini, maka akan menjadi asbab kepada para pelajar agar menerima pelbagai manfaat kerana bangunan- bangunan baharu ini dilengkapi dengan prasarana yang terkini serta lebih ruang yang selesa dan kondusif untuk kegunaan pembelajaran pelajar,” katanya lagi.

Seramai 243 pelajar terdiri daripada pelajar Diploma Vokasional Malaysia (DVM) Tahun 1 dan Tahun 2, dan pelajar Sijil Vokasional Malaysia (SVM) Tahun 1 dan dan Tahun 2 tersenarai sebagai penerima anugerah pada majlis tersebut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan