Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Ibrahim Baki bersama para pelajar Chung Hua Middle School yang menerima sumbangan sempena Tahun Baharu Cina di Kuching, hari ini. Foto TVS

GPS utamakan pendidikan untuk kemajuan Sarawak

ByHaleyson Roland

KUCHING, 16 Jan: Gabungan Parti Sarawak (GPS) meletakkan pendidikan sebagai keutamaan dalam misi memajukan Sarawak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok, Dato Ibrahim Baki berkata sejajar dengan matlamat tersebut, kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi membantu pelajar dalam bidang pendidikan.

Dalam ucapan semasa majlis penyampaian sumbangan Gong Xi Fa Chai di Chung Hua Middle School, DUN Satok, hari ini, beliau menyatakan bahawa kerajaan turut menyediakan biasiswa kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke universiti.

“Biasiswa ini diberikan secara menyeluruh kepada pelajar kurang berkemampuan tanpa mengira kaum,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa pendekatan ini penting bagi memastikan bidang pendidikan terus menyokong usaha kerajaan dalam membangunkan ekonomi Sarawak.

Mengenai pembangunan pendidikan di DUN Satok, Ibrahim berkata peruntukan yang diberikan meliputi penambahbaikan peralatan sekolah dan pengurusan infrastruktur.

“Inisiatif ini dapat meningkatkan taraf pendidikan di Sarawak serta melahirkan generasi muda yang berfikiran luas dan setaraf dengan standard antarabangsa.

“Langkah ini juga akan memperkukuh prestasi pelajar, baik dari segi akademik mahupun kokurikulum,” tambahnya.

Majlis tersebut menyaksikan seramai 100 pelajar Chung Hua Middle School yang kurang berkemampuan menerima sumbangan bersempena Tahun Baharu Cina.

Menurutnya, program ini dapat meringankan beban pelajar dalam membeli peralatan belajar.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan